Zahid Bukti Kapal Selam Kita Boleh Selam - Hanya Lim Guan Eng Saja Sanggup Tengok !

Thursday 8 December 2011

Sebelum ini banyak laporan yang menyatakan kerajaan kita membeli sebuah kapal selam yang tidak boleh selam. Ini menjadi satu cerita lawak yang sering dimainkan di serata tempat. Bagi membuktikan semua tuduhan tersebut salah, sempena dengan pertunjukan LIMA di Langkawi sekarang Zahid Hamidi telah menjemput kesemua MP pembangkang dan juga para senator untuk datang sendiri menyaksikan secara live bagaimana kapal selam kita boleh menyelam. Lebih 200 jemputan telah dibuat.


Malangnya dalam kesemua yang dijemput itu hanyalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menjawab surat jemputan dan menyatakan menerima jemputan tersebut dan akan hadir untuk menyaksikan sendiri kapal selam kita. Zahid akan mengiringi Lim Guan Eng untuk turut sama didalam kapal selam ketika menyelam.

Seorang lagi Ahli Parlimen yang menjawab surat jemputan itu adalah MP Lembah pantai Nurul Izzah yang menbalas surat mengatakan tidak dapat hadir dalam demo tersebut. Yang lainnya lansung tidak membalas malah tidak tahu samada mereka berminat atau lansung tidak berminat dengan jemputan tersebut.

Nampaknya dalam ramai-ramai pemimpin pembangkang, hanya Lim Guan Eng yang saya rasa patut diberikan pujian dan tepukan gemuruh yang nampaknya begitu prihatin dan tidak memandang semua surat yang diterimanya secara ringan. Begitu juga Nurul Izzah walaupun tidak dapat datang mengambil inisiatif menjawab surat jemputan rasmi itu.

Bagaimana dengan MP yang lain? apa alasan mereka dengan tempelakan Zahid bahawa mereka yang pandai bercakap mencari salah orang tapi tak tahu buat kerja. Takkan tak ada pembantu yang boleh menjawab surat rasmi kot. kalau tak boleh hadirpun  jawablah surat jemputan rasmi itu.

Tak ada seorangpun ahli Pas yang menyahut jemputan atau sekurang-kurangnya membalas surat manyatakan tidak dapat atau tidak berminat atau takut duduk dalam kapal selam bersama Zahid Hamidi. Apa salahnya membalas surat dan tunjukkan bahawa anda sentiasa prihatin dengan perkara sebegitu. Kasi malu sama Lim Guan Eng saja!

Ternyata selama ini apa yang saya dengar tentang ketelitian Lim Guan Eng memang betul. Tak ada YB lain yang boleh tanding betapa dia menunjukkan kesungguhan dalam tugasnya dan sentiasa turun padang memerhatikan semua perkara.





Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License