Fakta Mengejutkan: 1 Dalam 4 Kanak-Kanak Amerika Tidur Kelaparan

Tuesday 6 December 2011

Sebut saja Amerika kita sering terbayangkan akan kehebatan negara tersebut yang kukunya mencengkam segenap penjuru dunia, mempunyai teknologi yang hebat dan sistem pemerintahan demokrasi yang amat bebas. kalau ada yang tidak merasakan sebegitupun sekurang-kurangnya itulah yang sering digambarkan dalam media-media dan juga filem-filem dari barat.

Tetapi amat mengejutkan apabila laporan daripada Feeding Amerika, sebuah badan kebajikan di sana mendedahkan bahawa seramai 17 juta kanak-kanak di negara tersebut bangu pagi pergi ke sekolah dalam keadaan kelaparan dan masuk tidur juga dalam keadaan kelaparan.

Semua itu disebabkan mereka tidak mempunyai cukup wang untuk digunakan bagi membeli makanan bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka. Dengan keadaan ekonomi yang membimbangkan serta kenaikan harga makanan yang semakin tinggi, maslaah itu nampaknya akan menjadi lebih serius.

Nisbah 1 dalam 4 kanak-kanak dalam kelaparan di sebuah negara yang maju yang jumlah jutawannya ramai serta tempat tinggal antara orang-orang paling kaya didunia itu adalah sesuatu yang perlu membuka mata kita semua.

Tidak hairanlah tercetusnya pergerakan anti-kapitalisme atau apa yang mereka panggil 'occupy wall street' baru-baru ini yang bosan dengan sistem yang melahirkan hanya 1% daripada manusia yang membolot seluruh kekayaan negara.

Umat manusia lambat laun tidak boleh tidak akan menjurus kepada jalan selamat yang dianjurkan oleh Islam juga akhirnya. Al-Quran memberikan manusia jalan penyelesaian yang terbaik. Manusia diajar agar tidak mengejar keuntungan segera dalam perniagaan sebaliknya dianjurkan agar lebih melihat faedah jangka panjang dengan keuntungan yang ala kadar dan berpatutan, sebab itu kita dilarang kecoh dalam timbangan sehingga diutuskan nabi untuk itu.

Manusia juga diingatkan bahawa orang miskin mempunyai hak ke atas harta kekayaan orang kaya melalui zakat dan sedekah. Ini mampu mengelakkan rasa cemburu dan sakit hati golongan tidak berada terhadap golongan kaya. 

Dengan sistem kapitalis yang tamak mengejar kekayaan secara legal dalam dunia amerika pun kita saksikan ketidak seimbangan dan mencetuskan kemarahan rakyat, apatah lagi jika terdapat golongan kaya yang menimbunkan harta melalui penipuan duit rakyat secara besar-besaran tanpa ada rasa belas kasihan. Rakyat mungkin masih boleh bersabar selagi mereka cukup makan, tapi akan tiba masanya rakyat akan dihimpit ke tepi dan mula merasakan kesempitan...inilah yang berlaku di Mesir yang baru saja kita saksikan. Moga kita ambil pelajaran daripada apa yang berlaku.



Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License