Ceramah YB Zul Kulim - Apa Budak 15 Tahun Kata

Monday 5 December 2011

Semalam YB Zul Kulim dijemput memberikan ceramah di sebuah masjid di Bukit Antarabangsa. Apa yang diwar-warkan adalah YB Zul Kulim akan menyampaikan kupasan mengenai isu semasa. Seorang ayah yang anak perempuannya merupakan seorang ahli debat sekolah terpanggil untuk membawa anaknya tersebut mendengar ceramah YB Zul Kulim dengan harapan dapat mendedahkan anaknya kepada perilaku kehebatan ahli politik di negara kita berucap.

Maka membawalah sang ayah akan anaknya ke tempat ceramah pada malam itu. YB Zul Kulim sampai di tempat ceramah satu jam lewat daripada waktu yang dijanjikan. Sesampainya di situ maka YB Zul Kulimpun mulalah berceramah.


Selepas 15 minit berucap, si anak lalu mengajak si ayah pulang dan tidak mahu lagi terus mendengar segala apa yang diperkatakan oleh YB Zul Kulim, seorang peguam handalan yang kini bergerak atas bendera bebas tetapi pada hakikatnya menjadi ayam sabungan Umno untuk menjatuhkan bekas kawan karibnya.

Berikut komen budak perempuan berumur 15 tahun tersebut kepada ayahnya:

  • Zul Kulim lansung tidak memperlihatkan kualiti seorang pemimpin yang baik apabila lewat daripada waktu yang dijanjikan sehingga satu jam.
  • Zul Kulim lansung tidak mengupas isu-isu semasa sebaliknya menghabiskan masa ceramahnya dengan mencerca Anwar Ibrahim berdasarkan pengalamannya berkawan dengan ketua pembangkang itu satu masa dahulu. Dan kata budak itu lagi, tidak ada sesiapa yang dapat dirujuk bagi mengiyakan kebenaran apa yang Zul Kulim tuduh. Budak itu meragui segala apa yang diperkatakan oleh Zul Kulim.
  • Sikap seorang yang berkopiah yang memulakan ucapannya dengan ayat-ayat Quran yang panjang lebar dan seterusnya menghentam seorang muslim lain dengan cara yang tidak profesional sekali hanya merendahkan martabat dirinya sendiri. Zul Kulim memberikan contoh yang buruk kepada orang Melayu sahaja.
Sebenarnya Umno mempunyai lebih ramai lagi ahli politik yang berkaliber yang jauh lebih baik daripada YB Zul Kulim. Ramai pemimpin Umno yang muda lain yang mampu membahaskan sesuatu isu dengan cara yang amat berhemah dan profesional sekali.

Malangnya Umno lebih suka menggunakan YB Zul yang lebih banyak merapu dan berbahas dengan penuh emosi dan lansung tidak memperlihatkan ciri-ciri seorang ahli politik yang boleh dihormati. Jika Umno berterusan menggunakan orang seperti ini, mereka yang mengundang kebencian orang-orang yang berakal dan terpelajar.

Kalau Umno nak guna juga orang seperti Zul Kulim ini, gunakanlah di tempat yang terpencil dan jauh daripada orang-orang yang berilmu...tiupun kalau ada kawasan seperti itu.

Lihat sumbernya di sini
Share on :

2 comments:

  1. Saya ada pengalaman pertama kali dgr ceramah zul nordin ni pada tahun 2001-2002 kalau x silap.

    Waktu tu kes anwar sedang berlangsung dan tinggal beberapa hari lg sebelm keputusan diumumkan oleh Tun Dzaidin.

    Zul Kulim cerita dgn penuh semangat bahawa Tun Mahathir panggil Tun Dzaidin dan minta dia menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar.

    Tetapi Tun Dzaidin berkata..... Tidakkkkkkkk......

    Hehe.... Saya pun bg la peluang beberapa hari kepada zul ni sebelum mempercayainya... Akhirnya baru tahu, mmg penipu mamat ni. Dia buat cerita saja. Bodoh gila.

    SJ

    ReplyDelete
  2. Hahaha...tapi TV3 amat kagum dengan dia...!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License