Lelaki Hilang Pekerjaan Apabila Diharamkan Terlibat Dalam Industri Pakaian Dalam Wanita !

Monday 5 December 2011

Kerajaan Arab Saudi tegas dengan keputusan mereka melarang kaum lelaki dari melibatkan diri mereka dalam industri pakaian dalam wanita. Antara hikmah larangan tersebut adalah bagi:

  • Memelihara kehormatan kaum wanita dan juga mengelakkan mereka rasa segan apabila membeli belah pakaian dalam.
  • Menambahkan peluang pekerjaan kepada kaum wanita apabila semua kerja tersebut dikosongkan oleh kaum lelaki yang terpaksa mencari kerja lain.
Ramai lelaki yang telah bekerja di dalam industri tersebut sedang giat mencari peluang pekerjaan lain. bagi mereka yang mengurus dan menjaga kedai pakaian dalam persendirian, kerajaan menasihatkan agar mereka menukar kepada menjual pakaian lain.

Banyak syarikat pengedar seluar dalam wanita di negara kita dimiliki oleh orang lelaki termasuklah seluar-seluar dalam jenis 'fancy' dan trendy. Mereka menjadi pengimpor jenama terkenal tertentu dan seterusnya mengedarkannya di serata gudang pasaraya.

Apa saja perniagaan yang pembelinya adalah wanita merupakan satu perniagaan yang berdaya saing dan amat menguntungkan kerana kaum wanita suka membeli. Menghalang kaum lelaki dari terlibat dalam industri yang berkait dengan wanita bakal merugikan usahawan lelaki.

Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License