Fatwa Larang Wanita Pegang Timun - Penulis BikyaMasr Digesa Mohon Maaf

Saturday 10 December 2011

Sudah masuk lebih dari 3 hari sejak artikel kononnya seorang ulama yang tinggal di Eropah mengeluarkan fatwa melarang kaum wanita memegang timun, pisang atau buah-buah lain yang seumpama dengannya yang menyerupai genital lelaki. Tulisan tersebut telah meyebabkan seluruh dunia cyber menyebarkannya tidak berhenti-henti sambut menyambut dan menjadi isu yang amat meriah sekali terutamanya daripada mereka yang anti ulama dan juga anti Islam.

Artikel tersebut menyatakan ulama yang membuat kenyataan tersebut dicatatkan di dalam web El-Senousa News. Ramai yang mecari melalui google search perkataan el-senousa news tetapi malangnya hanya artikel daripada Bikyasr sahaja yang muncul.


Beberapa portal menggesa penulis Bikmasr yang bernama Manar Ammar, seorang editor kanan yang menrupakan ketua editor edisi wanita bertanggung jawab terhadap isu tersebut dengan membuktikan siapa dan di mana kononnya sheikh dari Eropah telah mengeluarkan fatwa pelik seperti itu atau memohon maaf kepada seluruh umat Islam terutamanya ulama kerana mempermain-mainkan fatwa agama dan menuduh perkara yang tidak benar.

Barangkali penulis asal artikel tersebut, Manar Ammar merupakan seorang yang berimaginasi lucah dan beliau sendiri yang berhalusinasi mengharapkan agar para ulama mengeluarkan fatwa sebegitu kerana beliau sendiri tidak tahan melihat pisang atau timun.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License