Titah Sultan Selangor, Kenapa Aziz Bari Tak Sama Dengan Tun M

Monday 17 October 2011

Semua orang tahu Prof Abdul Aziz Bari merupakan pakar, saya ulangi sekali lagi PAKAR PERLEMBAGAAN di negara kita. Beliaulah antara orang yang paling banyak mentelaah, mengajar, mengkaji, membanding, menghimpun, menulis dan bercakap mengenai isu-isu perlembagaan di negara kita. Habis semua isu-isu perlembagaan di semua negara di dunia ini di telitinya untuk membuat perbandingan dengan apa yang ada di negara kita.

Maknanya jika dia bercakap sesuatu yang menyentuh isu sistem perlembagaan beraja di negara kita ini kemungkinan untuk dia buat silap amatlah sedikit berbanding dengan Tun Dr Mahathir yang bukannya tak pandai, tapi teramat kurang pandai dalam masalah perlembagaan negara.

Perumpamaannya adalah seperti seorang yang jahil mengatakan sesuatu bahawa dia tidak pernah dengar perkara tersebut, berkemungkinan besar adalah kerana dia jahil. Jadi kalau Mahathir tuduh Aziz Bari kurang ajar, besar kemungkinan Tun M silap lebih banyak daripada betul.


Tetapi jika seorang yang berilmu mengatakan sesuatu bahawa dia tidak pernah mendengar perkara tersebut, berkemungkinan besar memang perkara itu tak wujud. Maknanya kalau Aziz Bari kata Tun Mahathir teramat kurang ajarnya kerana menyentuh institusi raja, teramat besar kemungkinannya Mahathir memang kurang ajar.

Namun, walau apapun hujah akal yang cukup bernas dikemukakan semua itu tidaklah terpakai di dalam negara kita yang penuh demokrasi dan berakal rasional yang tinggi ini. Maka hasilnya tetap kelihatan bahawa dalam kes ini Mahathir adalah benar dan Aziz Bari adalah salah, semua itu adalah kerana:

  1. Siapalah Aziz Bari, beliau hanyalah ahli akademik yang memilih jalan cenderung untuk banyak memihak pada pembangkang. Bukan sebab dia pembangkang tapi kerana dilihatnya pembangkang lebih banyak komintmennya pada perlembagaan berbanding Umno/BN yang sering memijak-mijak perlembagaan jika tidak sesuai dengan nafsu serakah mereka.
  2. Di negara kita semua yang Umno buat benar belaka. Hanya Umno lah sahaja yang boleh engkar dan derhaka pada raja, orang lain tak boleh. Lihat saja isu Idris Jusoh dulu yang tidak mendapat perkenan  menjadi MB, kain rentang caci 'binate' pada Sultan terus naik. Itu tak durhaka kerana yang buat adalah Umno.
  3. Sejak negara merdeka sebenarnya kuasa tertinggi secara realitinya dalam sistem feudal di negara kita sekarang adalah Umno dan para pemimpinnya. Semua institusi lain yang ada adalah sebagai pelengkap bagi mengukuhkan kuasa feudal tertinggi yang ada dalam Umno.
  4. Aziz Bari silap dengan berkata tiada derhaka atau kurang ajar dalam undang-undang negara kita. Sebenarnya itu hanyalah untuk Umno. Bagi selain daripada Umno memang ada, sebab kasta mereka yang selain daripada golongan feudal Umno di Malaysia adalah amat rendah. Bukankah derhaka, daulat dan lain-lain yang seumpamanya diujudkan agar rakyat senantiasa taat membuta tuli pada golongan pemerintah, kalau kritik akan bertukar jadi batu.
  5. Negara kita sejak merdeka hanya di perintah oleh satu kuasa besar iaitu Umno/BN. Tidak ada benda lain yang boleh dijadikan perbandingan dengan Umno/BN. Semua fakta yang mahu dijadikan sebagai sejarah dan juga rujukan mestilah yang sesuai dengan kehendak mereka. Semua itu mestilah yang membuktikan betapa kesempurnaan Umno/BN terserlah di mata rakyat. Maka apa yang Tun M buat terhadap institusi beraja pada 1983 dan 1993 di catitkan sebagai amat membina menuju era permodenan.
Sebab itulah rakyat perlu pastikan mereka memberi peluang pada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara. Pakatan Rakyat memberikan komitmen yang tinggi mereka untuk mendaulatkan perlembagaan negara berbanding BN yang jelas menyimpang sampai banyak kes mahkamah yang hakimpun tak ikut perlembagaan apa lagi nak diharapkan pada institusi lain.

Terakhir sekali, tulisan ini juga sudah tentu merupakan satu tulisan menderhaka...mendehaka pada Umno/BN kerana merekalah satu-satunya makhluk yang membela Melayu, yang membina Malaysia dan membangunkan negara...yang lain tak berguna.

Aziz Bari: Kenyataan Dr Mahathir melucukan - The Malaysian Insider:
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License