Terkini - Rakyat Amerika Mengajak Seluruh Dunia Bangun Menentang Kapitalisme

Saturday 15 October 2011

Hari ini merupakan hari temujanji perhimpunan beramai-ramai rakyat Amerika yang sudah muak dan rasa tertekan dengan ketamakan para pendokong sistem Kapitalis. Pergerakan yang dinamakan 'Occupy Wall Street' membuat perancangan perhimpunan aman secara besar-besaran di Liberty Square.

Perhimpunan diadakan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap keadaan dunia yang semakin tidak seimbang di mana hanya 1% daripada manusia yang terlalu kaya-raya mencekik darah semua manusia lain yang hidup tertekan dan kesempitan.


Mereka sebenarnya menentang apa yang dikatakan sebagai Neoliberalism iaitu pendekatan ekonomi dan masyarakat yang berasaskan kepada kecekapan syarikat perniagaan swasta mengaut keuntungan di dalam suasana ekonomi bebas di dalam pasaran terbuka.

Ulama Syiah menyatakan pendapatnya dalam khutbah jumaat baru-baru ini bahawa pergerakan menentang Neoliberalism yang melanda Amerika sekarang ini bakal menjatuhkan pentadbiran Amerika sebagaimana bangunnya rakyat timur tengah menentang pemerintahan kuku besi. Ia merupakan satu era kejatuhan sistem kapitalisme, katanya ulama tersebut.

Pergerakan yang sama di seluruh dunia turut sama di rancang hari ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pergerakan Occupy  Wall Street. Di US kerajaan mereka nampaknya tidak membiarkan kumpulan ini meneruskan agenda mereka. Kerajaan menggunakan polis bagi menghalang perhimpunan aman ini daripada dijayakan. Baca beritanya di sini

Apakah masalah sebenarnya yang berlaku di seluruh dunia sekarang? puncanya adalah sifat tamak para peniaga, pemilik Bank, ahli politik dan mereka seumpama dengannya yang menyumbat penuh tembolok mereka tanpa ada rasa belas ehsan dan bertanggung jawab terhadap manusia lemah lain, alam sekitar dan tidak beriman dengan hari akhirat.

Ia berada di mana-mana termasuklah di negara kita sekarang ini. Perkara asas yang diutamakan dalam sesuatu rancangan adalah berapa boleh masuk poket dan bagaimana projek itu boleh mengekalkan kekuasaan mereka. Jika itu semua dipenuhi, maka lantaklah apa nak jadi dengan rakyat marhaen, pergi mampus dengan masalah pencemaran dan kerosakan alam sekitar, persetankan dengan keruntuhan akhlak...asal untung dan boleh berkuasa semuanya beres....
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License