Pas Kini Makin Diminati Ramai - Azman Shapawi!!!

Saturday 16 April 2011

Petikan kata-kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ustaz Azman Shapawi

“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.
“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya (PRU Ke-13) akan datang.

“Hari ini, anak-anak muda bersama dengan PAS, para pemuda berbondong-bondong menyertai PAS, orang tionghua (Cina) berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS,” jelasnya ketika dihubungi.
Justeru itu, katanya kepimpinan PAS yang diterajui oleh presiden parti yang sedia ada telah berjaya membawa PAS maju kehadapan.


Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak untuk kerusi-kerusi yang ditandingi Pas:
KUCHING, 16 April – PAS telah kalah di kesemua kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata walaupun kalah pihaknya akan meneruskan agenda perjuangan di Sarawak.
“Meskipun PAS kalah di semua kerusi yang disertainya, namun Dewan Pemuda PAS Malaysia akan tetap meneruskan agenda perjuangannya di bumi Kenyalang ini,” katanya.
PAS tanding di Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS, parti komponen Pakatan Rakyat, gagal merampas kerusi Beting Maro daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS hanya meraih 2,758 undi berbanding BN yang memperoleh 3,014 undi untuk mengekalkan kerusi itu. - MI
Share on :

2 comments:

  1. orang yang taksub dengan haji hadi jer bodo...
    rakyat malaysia dah tau dah kemampuan beliau hanya satu sesi sahaja di terengganu..
    sampai mampuihh Pas tak bleh chalenge UMNO.. pres lembab.

    ReplyDelete
  2. orang PAS nie, kalau tanya bila2 pun dia akan kata sokongan dia kuat. Tak pernah diorg mengaku sokongan lemah atau berkurangan.

    Ini 'bias' yang perlu diubah kalau nak meningkat maju. Kalau kita tipu diri sendiri sebab seronok dgr berita baik ataupun sebab tak nak disakiti dengan fakta.

    Kita tak boleh berkembang maju sampai bila2.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License