BN Kekal Berkuasa Di Sarawak - DAP Makin Kuat !

Sunday 17 April 2011

PKR lawan sampai 49 kerusi tapi hanya menang 3, mungkin kalau persefahaman yang lebih baik dengan SNAP, keputusan akan berlainan. PKR masih mengamalkan kerja ambil calon 'tangkap muat' seperti PRU-12 lalu, kalau menangpun mungkin akan membawa banyak masalah sebagaimana yang kita lihat sejak 2008.

DAP ternyata semakin kuat dan kuat disokong oleh orang Cina samada di Semenanjung maupun di Sarawak. Pas pula walaupun Ustaz Nasa memperlihatkan sifat baik sangkanya dengan percaya bahawa sokongan terhadap Pas semakin meningkat di Sarawak, namun dari segi prestasi ianya tidak memadai.


Terutamanya dalam politik pihanraya, kalah tetap kalah samada sikit atau banyak. Walaupun ada peningkatan sedikit sekarang belum tentu trend itu akan bertambah masa depan yang boleh membawa kemenangan. Pas nampaknya ketinggalan di belakang rakan-rakannya.

Ustaz Nasa dan rakan-rakan mungkin boleh menunggu 100 tahun lagi sebelum memenagi hati pengundi dan menang besar seperti rakannya DAP. Tetapi perlu diingat belum tentu rakan-rakan Pas sanggup bersabar sebagaimana orang Pas bersabar.

Lihat ulasan menarik di bawah oleh A Kadir Jasin:


SEPERTI dijangka, Barisan Nasional mempertahankan penguasaan ke atas Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan kelebihan dua-pertiga.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat memperoleh lebih banyak kerusi daripada pilihan raya negeri 2006. DAP mendapat 12 kerusi dan PKR 3. Hanya seorang daripada 41 calon bebas menang.

Menurut Bernama, BN memperoleh 55 kerusi. Dalam PRN 2006, BN memenangi 63 kerusi.

Ramalan popular yang mengatakan PR mungkin menang hingga 17 kerusi hampir-hampir tepat apabila ia memperoleh 15 kerusi.

Kesimpulannya, BN semakin lemah dan PR semakin kuat di Sarawak, tetapi tidak sehebat atau sekuat yang diuar-uarkan.

Ini memberi petanda kurang baik kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. BN bergantung besar kepada Sarawak untuk mengekalkan kuasa di peringkat pusat.

Di kalangan komponen PR, DAP kekal sebagai parti dominan di Sarawak. Manakala pendekatan angkat muat PKR tidak membawa hasil. Walaupun ia meletakkan 49 calon, hanya tiga menang. Pas terus tidak signifikan.

Parti negeri, SNAP tidak mendapat sebarang kerusi walaupun bertanding di dua puluh enam kawasan.

Majoriti pemilih Cina mengundi DAP menyebabkan parti Cina BN, SUPP kalah teruk. Ia menang hanya enam daripada 19 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.

Majoriti undi Melayu, Bidayuh, Dayak (Iban) dan kaum-kaum Bumiputera lain terus memihak kepada BN dengan memberi kemenangan padu kepada PBB. PRS dan SPDP juga cemerlang.

Taib Mahmud telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri walaupun berjanji akan mengundurkan diri. Ramalan mengatakan dia akan meletakkan jawatan KM apabila tempoh perkhidmatan Yang Di Pertua Negeri, Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berakhir kerana Taib diuar-uarkan mahu mengisi jawatan itu.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License