DAP = "Deceive All People" - Kata Parti Cinta Malaysia

Wednesday 13 April 2011

Huan Cheng Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini ugut rakyaSarawak dengan berbagai tuduhan meremangkan bulu roma, ini dia ancaman kepada rakyat Sarawak jika undi DAP:


  1. DAP akan impot habis orang cina lain dari semenanjung untuk perabih harta rakyat sarawak di sana - Patutlah penang penuh dengan orang luar, dah tak ada lagi orang penang.
  2. DAP kaki buli peniaga kecil dan hancurkan semua gerai-gerai perniagaan dan susahkan semua peniaga - patutlah tak ada lansung gerai nasi kandar kat penang, sunyi sepi sepanjang pekan.
  3. DAP anugerah projek pada entah sesiapa...tak ada siapa tahu - patutlah ramai manusia yang tak dikenali berkeliaran membuat kerja-kerja kelas F di seluruh penang. habis semua kontraktor melayu dah kebuluran.
  4. Lim Guan Eng seorang yang panas baran dan kaki gaduh - sebab itulah dia masuk penjara pertahankan budak melayu kena rogol.
  5. Tiada perancangan dalam pemerintahan DAP, mereka kaki pusing - mungkin sebab itu perbelanjaan pentadbiran negeri mencatatkan penjimatan berkali ganda berbanding dengan pemerintahan sebelum ini
  6. DAP kaki saman rakyat. habis rakyat P Pinang susah kena saman - nampaknya DAP ikut kerajaan pusat bagi rakyat susah
  7. DAP akan naik semua tarif air, sewa, parking dll jika kuasai Sarawak - Sarawak kaya daripada Penang wo!
  8. DAP akan terajang semua penyokong setianya bila berkuasa - semua ahli DAP sekarang orang baru !
  9. DAP janji nak buat tanda jalan dalam bahasa Cina, tapi sampai sekarang tak buat - Patutpun bahasa utama kat penang bahasa cina !
  10. DAP dan pakatan lain hanya buat seribu janji tapi satupun tak buat - Banyak sangat janji dah lupa apa dia.
Wow!!!, kejamnya DAP patutlah habis rakyat Pulau Pinang semua lari tinggalkan negeri mereka! Rakyat Sarawak kena pergi tengok Pulau Pinang sekarang dan boleh berhijrah ke sana, habis semua kilang kosong dan tak ada pekerja, rakyat Sarawak boleh kerja kat Penang. Mengenai harta kat sarawak tu jangan risau, geng Taib Mahmud dah lama menjadi penjaganya, tak akan ada orang boleh rebut.

Takkan PCM anggap rakyat Sarawak tu bodoh sangat kot!!!

Baca laporan bernama kat sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License