Tawan P Pinang, Tawan Semua - Khairy

Sunday 10 April 2011

Butterworth, Ketua Pemuda Umno hari ini mahu pemuda bekerja 'extra kuat' bagi menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Bagi Khairy, jika BN mampu menawan semula negeri itu, bermakna negeri lain di bawah Pakatan Rakyat akan mudah turut dapat ditawan.

Nampaknya beliau mengakui kesukaran untuk mengusik keutuhan PR yang bertapak kuat di Pulau Pinang. Sebuah kerajaan yang bertapak kuat dan sukar digugat bermakna rakyatnya selesa dan berpuas hati dengan pencapaian kerajaan yang telah dipilihnya.


Tetapi kalau dilihat bagaimana media propaganda BN bergerak melaporkan berita yang berlaku di sana, seolah-olah berlaku pentadbiran yang zalim di Pulau Pinang.

Mereka menggambarkan seolah-olah melayu ditindas dan hampir menjadi hamba abdi di sana, orang India dipinggirkan dan ramai yang bakal menjadi penggemis tak dapat makan. Mereka menggembar gemburkan kes-kes terpencil menjadi besar. Mereka juga tinggikan nada perkauman di sana.

Ternyata semua propaganda tersebut hanyalah untuk mencetuskan kemarahan orang dan membakar api perkauman, sekurang-kurangnya melayu negeri lain akan mendapat gambaran yang salah dan mula membenci semua cina, terutamanya DAP. Tidakkah itu jahat dan tidak bertamadun namanya.

Nota: Emak Khairy, Datuk Rahmah Hamid adalah dari keturunan mamak Penang.

Laporannya di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License