Penat Lelah Ezam Akhirnya Membuahkan Hasil

Monday 3 May 2010


Jika dulu Ezam bertungkus lumus berjuang atas nama menegakkan kebenaran di atas landasan PKR namun apa yang dia dapat hanyalah seribu satu macam kepayahan. Siapa yang sanggup menanggung kesukaran hidup kalau dah pernah bersenang lenang.


Setelah mengistiharkan dirinya keluar PKR dan masuk UMNO, sepertimana dia bertungkus lumus buat kerja semasa dengan PKR dulu, macam itulah juga dia buat untuk UMNO, menjadi jaguh mencabar di sana sini terhadap kepimpinan PKR, sama seperti dia mencabar UMNO dulu juga, cuma skripnya saja berubah kerana ketua pengarahnya bertukar.

Tapi berbeza apabila dalam UMNO, penat lelahnya berbaloi, maklumlah pemerintah yang berkuasa. Maka kini naiklah setapak martabat Ezam di kalangan UMNO, sinar cahaya mula menyinsing.

Satu permulaan karier politik bagi Ezam untuk pergi lebih jauh,
berjuang dan berjuang,
kuasa dan kemewahan menunggu di hadapan.

Tentu dia sedang gelak besar kegembiraan.


Ezam, Palanivel, angkat sumpah sebagai Senator
Mei 3, 10 10:23am
Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang. 

Ezam (kiri) yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Sementara itu, Palanivel (kanan, berbaju perang) ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License