Husam Mahu Kumpul RM20 Juta Tawan Putrajaya

Friday 7 May 2010

Husam menyindir komplot fitnah yang memburukkan kerajaan Pas Kelantan kononnya menyalah gunakan duit rakyat RM4 juta untuk melancarkan gerak saraf memburukan BN di Kelantan dan menjatuhkan bekas Perdana Menteri Pak Lah. Klik di sini untuk berita lanjut dari harakah daily

Dari fitnah tersebut beliau mendapat idea untuk mengumpulkan dana sebanyak RM20 Juta bagi menawan Putrajaya. Nampaknya UMNO amat takut dengan berita kemampuan kerajaan Pas Kelantan hanya membelanjakan RM4 Juta sehingga dapat melumpuhkan BN di sana, apatah lagi jika dana sebanyak RM20 Juta digunakan, sudah tentu Putrajaya pun dapat ditawan.

Benar seperti kata Husam bahawa rakyat tak perlu terikut dengan cara berfikir dan cara berpolitik UMNO, sehingga menyamakan cara perjuangan serta pemikiran Pas dan para pengikutnya terutamanya dalam hal mengumpulkan dana untuk perjuangan kerja-kerja Islam.


Orang Pas tak pernah jemu menyalurkan wang ringgit tanpa mengharapkan sebarang balasan, begitu juga para usahawa dan jutawan yang sering menyalurkan dana bagi kerja-kerja dakwah. Kebiasaannyatak akan ada orang yang tahu siapa yang menyumbangkan wang dan para penyumbang sering memberikannya secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti.

Pertama mungkin kerana takut perbuatannya dikesan oleh BN atau UMNO yang menyumbang untuk Parti Pas sedangkan mereka adalah dikenali sebagai golongan korporat BN, takut nanti orang BN marah pula, jadi mereka bagi secara diam-diam.

Kedua kerana mereka ikhlas dan percaya dengan para pemimpin yang jujur dan tidak tamakkan kekayaan, tak perlu mencanangkan sumbangan yang diberi. Nak bising-bising buat apa jika tiada balasan yang diharapkan.

Orang UMNO ni yang saya tahu terutamanya para pemimpin mereka teramatlah kedekut apabila diminta menyumbang untuk kerja-kerja parti mereka dengan ikhlas tanpa balasan.

Cuba baca catitan Arwah Tok Mat dalam bukunya, UMNO; Berakhir Sebuah Impian. Tok Mat menceritakan bagaimana dia bertungkus lumus menghidupkan semula UMNO yang diharamkan dan segala asset UMNO dibekukan dulu. Duit diperlukan untuk kerja-kerja membuat laporan dan pendaftaran semula UMNO baru sedangkan tiada duit UMNO semasa itu yang boleh digunakan.

Dalam satu mensyuarat tergempar bagi menyelesaikan masalah tersebut, Tok Mat menyatakan masalah yang sedang dihadapi dan menyeru semua yang hadir mengeluarkan sedikit duit bagi menjalankan kerja-kerja yang amat penting demi kesinambungan UMNO, tetapi malangnya pemimpin-pemimpin besar yang hadir dalam mesyuarat tergempat itu nak buat keluar RM50 pun menggigil dan ada yang tak bagi lansung dengan berbagai alasan.

Itulah para pimpinan UMNO, kedekut walaupun untuk perjuangan yang mereka percaya sepenuh hati. Kalau tak ada ganjaran atau timbal balas jangan harap nak bagi sumbangan, termasuklah bekas Perdana Menteri Tun Mahadhir yang Tok Mat labelkan sebagai "taik hidung masin" atau kedekut piang kata orang utara.

Saya sokong Husam bagi menggerakkan dana RM20 Juta untuk kerja-kerja dakwah serta menawan Putrajaya. Kita perlu menggantikan pemimpin yang korup dengan pemimpin yang amanah.

Tetapi jangan pula setakat amanah dan warak sahaja, pemimpin mestilah tahu dan mahir dalam selok-belok pemerintahan dan cekap mentadbir sebuah negara agar kita tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia yang amat mencabar sekarang ini, seseorang yang berilmu, alim dalam hukum hakam belum tentu mampu menjadi pentadbir yang cekap.

Kalau Pas dapat melahirkan ramai pemimpin sebijak Husam sudah pasti Pas akan jauh maju ke hadapan. Tapi malangnya orang sehebat Husam, yang rajin dan komited dengan kerjanya sekarang ini cuba disingkirkan dari kepimpinan Pas. Mungkin dari segi berebut harta Pas tak sama dengan UMNO, tetapi dari segi berebut kuasa Pas sama saja dengan UMNO. Wallahu'alam.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License