Meratapi "World Press Freedom Day"

Wednesday 5 May 2010

Pada hari isnin, 3hb May 2010 baru-baru ini seluruh dunia menyambut Hari Kebebasan Media atau World Press Freedom Day. Sambutan atau lebih lebih tepat lagi ratapan hari kebebasan media di negara kita di sambut dengan penuh hening bagaikan suatu aktiviti berkabung meratapi kehilangan sesuatu yang didambakan.

Dalam keseluruhan 196 negara yang tersenarai, Malaysia menduduki senarai ke-141. Ketidak bebasan media negara kita adalah setarah dengan negara perang Zambia dan Algeria.

Amat memalukan apabila negara kita dikalfikasikan sebagai lebih teruk daripada negara seperti Pakistan atau Liberia yang menduduki senarai ke 134.

Senarai yang disediakan oleh Freedom House yang berpusat di Amerika menyediakan 3 jenis peringkat utama iaitu, Bebas, Separa Bebas, Tidak Bebas. Malang sekali negara kita duduk di dalam senarai "Tidak Bebas" bersama-sama dengan 63 negara lain.


Para pemimpin kita bercakap mengenai berbagai rancangan kemajuan dan pembangunan serta mengajak rakyat berfikir luar dari kotak sedangkan sumber maklumat ditekan rapat dan dikurung dalam kotak.

Silap membuat laporan mengakibatkan pelapor terpaksa membayar bayaran yang tinggi, lalu menakutkan para pengamal media bertindak telus dan jujur.

Di antara rantai pengikat utama yang membelenggu kebebasan media adalah undang-undang seperti Akta percetakan dan penyiaran, akta keselamatan dalam negeri, OSA dan akta hasutan.

Pulihkan semula kebebasan media segera kerana ia amat membantu menjadi penyeimbang kepada penyalah gunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan yang banyak membantut kemajuan negara. 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License