Lelaki Ugut Bunuh Nik Aziz DiTahan

Monday 3 May 2010

Berlagak tak kena cara!, itulah yang boleh dikatakan kepada budak muda yang mendabik dada sanggup untuk ke tali gantung kalau dapat bunuh Nik Aziz.

Entah apa yang dia sakit hati sangat pada Nik Aziz sehingga sanggup mati ke tali gantung untuk membunuh Nik Aziz.

Tak pasal-pasal kena tahan dan jika terbukti kesalahan bakal di kenakan hukuman. Harap-harap hukuman adalah setimpal dengan apa yang cuba dilakukannya agar dapat memberikan pengajaran kepada para fanatik kurang menggunakan akal yang lain.

Jika hukuman yang ringan dikenakan ini hanya menggalakkan golongan seumpamanya mencari jalan mudah mendapat publisiti, menggalakkan remaja lain bermain-main dengan perkataan bunuh dan tidak menghormati hak kebebasan orang lain.
 Berita lanjut di bawah:


Ugut bunuh Nik Aziz: Lelaki disyaki ditahan
Mei 3, 10 4:50pm
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bawah) dalam laman rangkaian sosial, Facebook.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira jam 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Sabtu lalu, Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman rangkaian sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Laporan polis itu dibuat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh “Nik Aziz”.

Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

- Bernama
Share on :

2 comments:

  1. patut sangat dok dllm UMNO...Ngong....

    ReplyDelete
  2. Abdullah,
    Kurang cerdik buat ugutan macam tu...TK atas komen anda

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License