Datuk Dr. Awang Adek Hussin - Selalu Lompat Awal Dan Berlebihan Pulak!

Friday 30 April 2010

Mamat yang tersebut di atas ni selalu sangat saya lihat melompat awal dan lebih-lebih pulak tu !. Dalam isu tuduhan seorang blogger yang mendakwa ia menerima peruntukan sebanyak RM4 juta untuk menjalankan aktiviti perang saraf, Awang Adek melompat terlalu awal dan berlebihan, sedangkan betulkah dakwaan blogger tersebut mendapat peruntukan dari kerajaan Kelantan yang menggunakan wang rakyat?.

Panjang lebar dia bersyarah menghamput kerajaan negeri kelantan, agaknya dia marah benar apabila dia kalah dalam PRU lalu di mana dia di war-warkan bakal menjadi MB Kelantan, tapi malang tak menjadi kenyataan!, kalah teruk pulak tu!. 

Baca laporan utusan di bawah: 



Pengkhianatan kepada rakyat Kelantan

KUALA LUMPUR 29 April - Tindakan Pas Kelantan yang dipercayai menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog bagi tujuan memfitnah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat negeri itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang tersebut sepatutnya digunakan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dan bukannya dibelanjakan untuk kepentingan politik Pas kerana masih terlalu ramai rakyat Kelantan yang miskin dan memerlukan bantuan.
"Apakah wang RM4 juta itu merupakan peruntukan yang sepatutnya disalurkan bagi membantu rakyat miskin tetapi akhirnya digunakan bagi menabur fitnah untuk menjatuhkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Pada saya, adalah lebih baik wang itu digunakan bagi meningkatkan bekalan air bersih di negeri ini kerana masalah keperluan asas itu sehingga kini masih gagal diselesaikan walaupun Pas sudah memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu.
"Inilah pengkhianatan Pas terhadap rakyat Kelantan yang mengharapkan kesejahteraan mereka tetapi dana yang ada digunakan pula bagi tujuan lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendedahan itu membuktikan Pas hanya mempergunakan imej Islam untuk kepentingan politik.
Katanya, kesanggupan Pas Kelantan membelanjakan wang dalam jumlah yang besar untuk tujuan memburukkan pemimpin negara jelas terkeluar daripada landasan Islam.
"Selama ini, Pas memperlihatkan dirinya sebagai sebuah parti Islam yang bebas daripada penyebaran fitnah tetapi dengan pendedahan ini ternyata Islam hanya pada imej.
"Mereka jelas melakukan kemungkaran dan saya yakin akan lebih banyak pendedahan mengenai kepincangan Pas akan didedahkan individu yang pernah bersama parti itu sebelum ini,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menuntut satu siasatan rapi dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti daripada mana sumber peruntukan itu diperolehi bagi menggerakkan operasi perang saraf tersebut.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License