Operasi Gerak Saraf Dalam Politik - Hebat Pak Lah!

Friday 30 April 2010

Kalau ada di kalangan mereka dari pengamal politik yang mendakwa bahawa kerja gerak saraf dalam politik tak berlaku, tak patut berlaku dan mereka tak pernah terlibat lansung dengan aktiviti tersebut, saya rasa mamat tersebut benar-benar tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak pernah hidup dalam dunia akhir zaman ini.

Dia mungkin mahu mendakwa bahawa dia merupakan seorang wali atau keturunan wali songgo yang sentiasa bersuluk 3 bulan sekali dan mempunyai amalan kerohanian yang tinggi untuk membolehkan dia terus memegang tampok kekuasaan dan pemerintahan.

Saya hormat kepada bekas Perdana Menteri kita sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang relaks dan tenang mengaku bahawa itu perkara biasa yang sentiasa berlaku dalam mainan politik semasa. Baca komennya di sini.


Berlainan pula dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa kerat pemimpin lain yang nampaknya amat terkejut dan tidak menyangka terdapatnya gerakan seumpama itu dan tidak mempercayai ada orang tergamak melakukannya, memang mereka ini bertarah wali dan amat berhingus sekali dalam ilmu politik. Ataukah mereka sebenarnya "hipokrit"?.

Baca laporan dari Utusan di bawah mengenai komen As-Sheikh Mustapa Mohamed;


Operasi gerak saraf perbuatan sangat keji - Mustapa

KOTA BHARU 29 April - Tindakan pihak tertentu menyalurkan dana lebih RM4 juta untuk melakukan Operasi Gerak Saraf bagi tujuan melemahkan kepimpinan negara dan memastikan Pas terus memerintah di negeri ini adalah perbuatan yang sangat keji.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, pendedahan mengenai operasi itu mengesahkan beberapa laporan yang beliau terima sebelum ini tentang wujud beberapa gerakan terancang untuk menjatuhkan kerajaan.
Sehubungan itu, beliau yang turut menyifatkan perbuatan tersebut sebagai suatu 'jenayah' menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan berkenaan terutama sekali sumber dana bagi membiayai operasi tersebut.
"Kita dukacita kerana melalui gerakan ini pelbagai fitnah telah ditaburkan dan ini satu dakwaan yang cukup serius. Ini adalah kerja yang sangat keji dan merupakan satu jenayah terhadap kita," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas pendedahan seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
Mustapa berkata, kerajaan negeri perlu memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini mengenai perkara itu terutama sekali membabitkan jumlah wang yang terlalu banyak.
"Kita mahu kerajaan negeri beri penerangan kepada rakyat Kelantan sumber wang RM4 juta itu diperolehi, adakah wang rakyat digunakan atau wang balak atau individu atau derma daripada mana-mana pihak.
"Rakyat Kelantan berhak mengetahui sumber untuk membiayai gerakan ini. Ini bukannya RM1,000 atau RM2,000 tetapi bernilai RM4 juta," tegas beliau.
Mustapa turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan kerana fitnah yang dibuat melalui gerakan itu berjaya mempengaruhi rakyat negeri ini untuk membenci BN.
Tegasnya, siasatan tersebut juga perlu menyeluruh yang melibatkan beberapa dakwaan sebelum ini mengenai kecurangan kerajaan negeri dalam menguruskan balak di negeri ini yang turut dilaporkan oleh beberapa blog.
"Kita mahu disiasat sumber duit itu, nampak kerajaan negeri memang mengelak dan tidak beri penerangan. Blog ini jelas dengan buktinya, kalau dapat balak, perlu menyumbang kepada pihak tertentu.
"Ini amat tidak meyakinkan dan kita harap SPRM dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya," tegas beliau.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License