Syabas PR, Tahniah BN - PRK P094

Tuesday 27 April 2010

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan PRK di Hulu Selangor baru-baru ini walaupun kemenangan tersebut bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan oleh para pemimpin BN.

Kita perlu mengucapkan syabas kepada PR yang sebenarnya masih kuat dan mendapat sokongan yang hampir sama dengan BN daripada rakyat Hulu Selangor. PRK in memberikan gambaran awal situasi yang bakal negara kita hadapi dalam PRU ke 13 akan datang.

Jika boleh kita ramalkan, PRU ke 13 nanti, BN akan tetap mendapat saingan yang hebat dari PR dan sudah hampir pasti BN tidak akan mampu memenangi majoriti lebih daripada 2/3 sebagaimana yang telah dialaminya semasa PRU ke 12 lalu. PR perlu memperkuatkan strategi dan taktik mereka bagi mematahkan segala teknik licik yang diguna pakai oleh BN.


Dalam saingan kempen yang amat berat sebelah yang dihadapi oleh PR, mereka masih mampu mengembeleng undian dari rakyat yang memihak kepada mereka sebanyak 23,273 undian berbanding BN yang mendapat undian sebanyak 24,997 undian. Jika di tolak undian pos sebanyak 600 yang dimenangi oleh BN, perbezaan undian hanyalah sebanyak 1,625 sahaja.

Jumlah kemenangan BN di atas bukan satu kedudukan yang selesa yang boleh dibanggakan oleh BN. Begitu juga sebaliknya kepada PR ia merupakan satu harapan bahawa perjuangan mereka masih kuat diterima oelh rakyat.

Satu perkara yang perlu kita ambil perhatian dan boleh kita banggakan adalah suasana kemuafakatan perlbagai bangsa yang ditunjukkan oleh kedua belah pihak samada dari PR atau dari BN yang mempamerkan kerjasama antara bangsa  yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Ia menggambarkan perjuangan falsafah politik yang berbeza dan bukanlah falsafah perjuangan etnik.

Jika rakyat mula memahami bahawa persaingan antara PR dan BN adalah falsafah bagaimana negara perlu diuruskan, pilihan raya negara kita akan menjadi satu landasan persaingan yang sihat kearah membina negara Malaysia yang lebih maju.

Tak sabar rasanya menunggu kedatangan PRU ke 13 nanti.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License