Jangan Politikkan Isu Keselamatan Negara - KPN

Friday 9 April 2010

Apabila pendedahan isu dilakukan oleh pembangkang, ia menjadi kesalahan atas alasan mempolitikkan sesuatu isu. Begitulah yang terjadi apabila hal ehwal keselamatan serta kesejahteraan negara didedahkan oleh pihak pembangkang maka, pembangkang akan dituduh mempolitikkannya.

Apabila pembangkang menyerang isu kehilangan jet, ia jadi salah, apa pembangkang menyerang isu pembunuhan rakyat asing secara trajik, pembangkang jadi salah, apabila pembangkang menyerang isu rasuah, jadi salah semuanya salah kerana ia telah didedahkan kepada pengetahuan rakyat...! sedangkan rakyat berhak tahu apa yang sedang berlaku di negaranya. Kita harap budaya rakyat yang hanya mendiamkan diri dan tak mengambil tahu di Malaysia ini walaupun dibohongi dan diperbodohkan sudah tamat.

Tak perlu ada cabar mencabar, marah memarahi, segala pendedahan perlu disiasat, diperbetulkan kalau tak betul (jangan lupa berterima kasih pula), heret ke muka pemgadilan jika terbukti tuduhan tak berasas.

Baca laporan dari utusan di bawah;



Jangan politikkan isu keselamatan negara - Musa

KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.
Beliau berkata isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.
"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.
"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perisik Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.
Anwar dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada Selasa lepas berkata beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel itu mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi maklumat PDRM yang didaftarkan di Singapura.
Sehubungan itu, Musa berkata siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.
"Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut," katanya.
Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas, Johari Ismail.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Mengenai Aktiviti Jenayah Malaysia-Thailand Ke-20 di Shah Alam, hari ini, Musa berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sumber maklumat yang diperoleh oleh Anwar.
Serentak itu, beliau telah mengarahkan pegawainya supaya menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.
"Saya dah cakap sebelum ini bahawa benda (dakwaan) ini tidak ada. Bagaimanapun, kita akan siasat apabila seseorang telah mengatakan ada orang Israel 'masuk' ke Bukit Aman, ia adalah sesuatu yang serius.
"Saya dah arahkan pegawai untuk menyiasat dari mana dia (Anwar) dapat maklumat ini," katanya.
Share on :

2 comments:

  1. penipu bahan bukti kes fitnah liwat anwar...inilah org nya.. dia yg bermain politik utk kepentingan umno.

    sekarang nk jadi munafik lagi sekali konon jgn politikkan isu keselamatan negara.

    satu lagi sekatan bersuara dpd polis APCO ini kepada rakyat. menyatakan pendapat dan benar pun dikatakan politik selama mana memberi ancaman kepada negara.

    wahai musang ! dosa kau terhadap anwar belum terampun. semuga kau diberi pembalasan di dunia lagi. kalau bukan kau, anak kau, kalau bukan anak kau, isteri atau cucu2 kau.

    aminnn

    ReplyDelete
  2. Jaka,
    Hai dah lama posting ni!, masih lepas geram lagi. Hahaha!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License