Karpal Mahu Hak Sama Rata Untuk Semua Bangsa !!!

Monday 5 April 2010

Sinar Harian melaporkan bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mempersoalkan Datuk Seri najib bila semua bangsa lain di Malaysia akan mendapat hak keistimewaan yang sama rata seperti Bangsa Melayu?

Ini berikutan konsep yang diperkenalkan oleh PM, 1Malaysia yang melaungkan perpaduan di bawah satu bumbung tetapi bercanggah dengan kenyataan Timbalannya yang menyebut "Malay First, Malaysian Second...".

Memang konsep 1Malaysia yang diperkenalkan PM kita agak mengelirukan dan tidak jelas kerangkanya, entah apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 1Malaysia, masing-masing mengeluarkan konsep yang berbeza-beza ikut selera masing-masing.


Karpal sudah tentu sedar bahawa jika kita bercakap tentang hak bangsa, ia perlu berlandaskan definisi perlembagaan di Malaysia ini. Karpal tidak boleh bercakap atas hak berdasarkan kemanusiaan sejagat.

Itulah Karpal Singh, angkuh dan bebal menyuruh langkah mayat dia dulu jika mahu mengamalkan undang-undang Islam di Malaysia, maka sampai sekarang dia tak tahu bahawa jika Islam diamalkan maka semua bangsa di Malaysia ini akan merasakan hak mereka terpelihara...


Karpal: Hak sama rata sampai bila? 

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ingin tahu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bila warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1 Malaysia. 

Menurutnya, konsep satu Malaysia perlu diimplikasikan dengan kuantiti tanpa sebarang diskriminasi kaum. 

“Pertanyaan ini bukan bermakna kita mempersoalkan hak istimewa orang Melayu atau berniat menghapuskannya,” katanya dalam sidang media di Air Itam, semalam. 

Karpal berkata, walaupun Najib melaung-laungkan slogan 1 Malaysia, namun terdapat kekeliruan. 

"Bagaimana Najib sendiri bersetuju dengan kenyataan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengakui beliau (Muhyiddin) adalah ‘Malay first, Malaysian second’. : 

:“Ini jelas menunjukkan, ia bercanggah dengan konsep gagasan 1Malaysia yang disarankan beliau sendiri. Bagaimana kenyataan itu diterima dan disokong beliau seperti yang dinyatakan dalam akhbar hari ini?. 

“Jika soal perkauman seperti Melayu dulu, Cina dulu dan India dulu berterusan, perkara ini akan menimbulkan pergolakan sehingga boleh menjejaskan perpaduan. 

"Kemudian, konsep 1Malaysia tidak akan membawa makna sebenar dalam perlaksanaan oleh Perdana Menteri yang berhasrat menyatupadukan semua kaum di bawah satu bumbung,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Karpal ingin tahu bagaimana Najib, yang mengamalkan slogan Kredibiliti, Integriti dan Akauntabiliti, menerima seorang Presiden MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. 

“Adakah, Dr Chua mempunyai kredibiliti dan integriti untuk memegang jawatan yang mempunyai kuasa dalam menentukan siapakah dari parti MCA perlu jadi menteri," katanya. 

Karpal menggesa Kerajaan Pusat mencontohi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha memberi wang sumbangan RM100 kepada warga emas daripada hasil penjimatannya.
Share on :

2 comments:

  1. mana nak buleh.. dia ni buta kayu kot.. takpelah dia kan dah senja..

    ReplyDelete
  2. ni sbb sy tak mau undi pas lg pd ms dpn. apa lbh nya duduk dlm pr. klu x mau duduk dgn umno, pas mesti bersendirian. pemimpin pas mn ada ckp mcm tu. ramai antara mrk tak tau apa2. pasal hukum blh laaa. sy cdgkan ulama pas termasuk pemimpin2 utama mrk kpd masyarakat dan mjlnkan tugas2 hakiki para ulamak dan agamawan. kerja politik ni patut diserahkan kpd golongan profesional. setahu sy tidak pernah ada dlm tamadun ummat, golongan ulamak turun berkempen dan menawarkan diri masing2 sbg pemimpin...org pas pn tak berani nk kata apa dh bukan sj pd kapal tapi semua yg ada dlm perahu dap. cikgu rahim dh kata..langkah mayat dia. lg pn kebanyakan pemimpin pas kurang pengetahuan terhadap keperluan dan kepentingan umat. kalau visi untuk menegakkan undang2 Islam pn x berani nk ckp dan blh di kesampingkan krn dap, apa lagi yg kita nk harap. menyokong pas dlm pr pd sy tak ubahnya spt bersama2 dap utk melemahkan umat Islam.
    pemimpin pas ni kalau ckp blh la.. degar2 sampai naik bulu roma. tapi di ktan 20 th memerintah, apa yg tlh mrk buat. Apa sumbangan mrk terhdp pembangunan ekonomi, penyelesaian terhdp masalah sosial rakyat? Itu belum cakap lg pasal pendidikan. Tentang masalah guru2 SAR yg terus kerja secara kontrak sampai puluh2 tahun...byk lagi lh klu nk cerita. itu lh klu nk mengundi nanti kena lihat apa yg tlh pemimpin buat bukan dengar apa yg mrk cakap...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License