Berhati-Hati Dengan Perjuangan Jika Belum Kenal

Friday 9 April 2010

Bekas Naib Presiden PKR Datin Saidatul Badru Tun Said menasihat para penyokong PKR agar berwaspada dengan Anwar Ibrahim kerana mereka sebenarnya tidak kenal betul-betul penasihat PKR itu. Dia menyuruh mereka mengenali Anwar sebagai dia mengenali Anwar. Setelah mengenali Anwar ramai yang keluar dari PKR.

Mungkin nasihat yang sama boleh ditujukan kepada semua penyokong parti-parti yang ada di bumi Malaysia ini termasuklah UMNO, MIC, MCA, PPP, PAS, DAP dan banyak lagi, berhati-hati menyokong pemimpin tiap-tiap parti tersebut kerana tiada siapa yang tahu hakikat sebenar pemimpin-pemimpin yang sedang anda sokong.

Janganlah anda menjadi penyokong fanatik selagi anda tidak mengenali pemimpin anda, jika semua berprinsip seperti itu maka tiada parti yang akan kekal memerintah negara kita berpuluh-puluh tahun lamanya....



‘Kami lebih tahu cerita Anwar’



KUALA LUMPUR 8 April – Penyokong fanatik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan tidak keterlaluan mempertahankan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak tahu perkara sebenar. Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, beliau dan rakan-rakan lain yang telah lama meninggalkan parti itu cukup kenal Anwar daripada luaran dan dalaman.
Katanya, ketika Anwar di dalam penjara, beliau dan rakan-rakan itulah yang berada di barisan hadapan dan amat rapat dengan keluarganya.
“Kami lebih tahu cerita dalaman Anwar, (Presiden PKR) Wan Azizah Wan Ismail dan (Naib Presiden) Azmin Ali.
“Saya sarankan kepada teman-teman yang masih berada dalam PKR, waspadalah dengan taktik Anwar, perjuangan kamu hanya sia-sia kerana kamu sebenarnya belum cukup kenal dengan Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License