Yang DiKejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran - Ezam

Thursday 8 April 2010

Setiap kali ada pilihan raya kecil, maka akan muncullah mamat seorang ini memberikan kenyataan-kenyataan berapi, sedih, penyesalan dan sebagainya yang dapat menyatakan bahawa menyokong pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim adalah satu kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Media akan memberikan liputan kepada semua aktiviti ceramahnya agar dapat memberikan kelebihan kepada UMNO atau BN pada pilihan raya kecil yang bakal berlansung. Kini lebih ramai kumpulan yang seumpama Ezam ini yang dapat dipergunakan BN atau UMNO seperti Zaharain, Zulkifli Noordin dll.

Kasihan melihat mereka semua ini, terutamanya Ezam yang kelihatan serba daif menagih simpati dari UMNO agar menjulang semula mereka, setidak-tidaknya berilah sedikit pangkat atau projek yang dapat menceriakan semula kehidupan mereka yang punah akibat menjadi pengikut PKR sebelum ini.

Tengok kemunculan Ezam dalam Utusan hari ini;



Maafkan saya – Ezam



KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.
“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.
“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.
Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Share on :

2 comments:

  1. DARI DULU SAMPAI SEKARANG BELIAU BERJUANG ATAS NAMA PEMBELAAN ANUAR DAN KEZALIMAN , SEPATUTNYA BELIAU BERJUANG ATAS LANDASAN ISLAM YANG JUGA MENENTANG KEZALIMAN.KALAU PERJUAGAN ATAS NAMA PARTI, SEKULAR, KOMINIS DAN LAIN LAIN SELAIN DARI ISLAM MAKA TUNGGU SAJA LAH SAAT PENGKEBUMIANNYA.

    ReplyDelete
  2. sharif,
    Setuju dgn komen tuan. Terima Kasih

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License