Timbalan Pengerusi SPR macam samseng!

Friday, 15 February 2013

Hari ini, Bekas Menteri Kabinet Malaysia hentam Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad menggesa dia letak jawatan dan bertanding pada PRU13 nanti atas bendera BN.

Abdul Kadir Sheikh Fadzir sokong penuh kenyataan Mat Sabu yang paksa Wan Ahmad untuk letak jawatan kerana tidak layak sama sekali pegang jawatan satu organisasi yang sepatutnya telus dan berkecuali.

Bagi Abdul Kadir, Wan Ahmad punya nada apabila membalas apa saja komen pembangkang seolah-olah dia ahli Umno/BN. Dahlah condong pada Umno/BN, berlagak macam samseng pulak. Kecam sana kecam sini.


Aku memang perasan Wan Ahmad ni sering buat kenyataan lebih kuah daripada sudu. Dia berlebih lebih berbanding pada Bossnya, Abdul Aziz yang memegang jawatan pengerusi SPR yang biasanya lebih berhemah dan berhati-hati dalam semua kenyataannya.

Kalau aku jadi boss Wan Ahmad ni, aku singkir saja paksa dia berambus sebab hanya mencalarkan kredibiliti SPR. Kalau mamat ni tak letak jawatan dan berdegil sampai PRU 13 nanti dan berlaku perkara yang mencurigakan, jangan salahkan pihak yang bangun marah.

Kalau dia berhenti dan gantikan saja dengan orang lain yang lebih berkecuali dan fokus pada kerja yang patut dia lakukan saja, semua orang akan lega berpuas hati dan tidak akan timbul kacau bilau.

Apa nak risau, kalau takut tak ada gaji pegang jawatan, masuk bertanding lah, kalau menang boleh dilantik jadi menteri.

La ni dia dopk sibuk nak saman Mat Sabu pulak kononnya calarkan kredibilitinya sedangkan dia sendiri yang koyakkan kredebilitinya sehingga ditahap antarabangsa. Semua orang luar nampak betapa tidak telus dan berlebihannya dia, bukan Mat Sabu sorang!.


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License