Video yang merakamkan peristiwa spontan itu berlegar di seluruh dunia sekarang dan tak ada video lain yang boleh counter balik rakaman memalukan itu. Umno/BN dakwa video yang berlegar di dunia maya itu merupakan kerja jahat pihak tertentu yang membawa segerombolan penjahat untuk buat kacau.
Umno/BN juga dakwa hanya kawasan video dirakam saja yang melaungkan kata NO iaitu lebih kurang dalam lingkungan 30 orang saya yang berpakat laung ramai-ramai NOOOO!.
Mereka juga dakwa selain daripada tempat rakaman dibuat, keseluruhan penonton pada hari itu melaungkan YES!!!!. Hahahaha , lawak punya ulasan dan penafian. Berikut beberapa kemusykilan:
- Kalau betul yang laung itu hanyalah lakonan si pembuat kacau atau lebih tepat lagi gerombolan jahat (geng Lim Guan Eng lah tu!), bermakna hanya seramai 30 ke 50 orang saja yang kata NO!, bakinya yang kata YES adalah 39,950 orang (sebab mereka declare kehadiran adalah seramai 40 ribu orang!). Ajaibnya laungan 50 orang tak dapat dilawan oleh laungan 39,950 orang...???
- Kalau betul yang majoriti ramai laung YES, berikanlah bukti video, takkan tak sempat rakam kot?
- Kalau betul yang datang berpakat itu pembuat kacau yang diupah, mereka sungguh hebat sebab boleh dapat tahu yang najib akan bertanya solan..are you ready for BN???. Takkan mereka tahu kot melainkan mereka tu organizer yang sengaja nak sabotaj BN, hahaha. Ini perkara biasa berlaku dalam BN sejak sekian lama.
Cukuplah analisis 3 soalan itu saja untuk kita renungkan. Rumusannya seluruh dunia sedang tak sabar nak tengok keputusan PRU-13 nanti dan mereka jangkakan BN akan merudum teruk hilang kerajaan.
Seterusnya Najib akan diterajang keluar dari kerusi presidennya dan digantikan dengan Muhyiddin. lalu jadilah Muhyiddin sebagai ketua pembangkang..hahaha lawak!
No comments:
Post a Comment