Majlis selamat tinggal BN di Penang dihadiri Najib

Wednesday, 13 February 2013

Harapkan panas di tengahari, rupanya hujan sampai ke petang. Harapkan PSY bawak sokongan rakyat Penang kepada BN, malangnya majlis sama jadi acara selamat tinggal BN.

Umno/BN masih tak faham-faham yang rakyat sudah tidak lagi boleh dibeli dengan duit atau hiburan atau janji pembangunan seperti dulu. Rakyat hanya mahukan Umno/BN mampus saja dari terus jadi pemerintah negara. Sekurangnya itulah yang rakyat Penang cuba sampaikan dalam konsert kilat Gangnam baru-baru ini.

Aku sendiri dapat rasakan Umno/BN sudah tak ada harapan lagi di Pulau Pinang. Sebab utama adalah kerana majoriti Cina nekad untuk tolak Umno/BN. Orang Melayu pulak rasa terhina dengan provokasi media pencacai Umno/BN yang menuduh mereka telah dirogol bergilir-gilir oleh pemimpin Cina di sana.


Sedangkan hakikatnya tak ada apa-apa yang berlaku pada orang Melayu di Penang kecuali Melayu dari suku Umno. Suku hampir pupus tersebut tersingkir terus dari mendapat kemewahan demi kemewahan melalui projek durian runtuh.

Melayu selain darupada suku Umno mendapat banyak kemudahan dari Kerajaan DAP yang Umno tuduh sebagai cina komunis, rasis dan sebagainya. Sedangkan cina sepek yang depa tuduh rasis dan komunis tulah hentam bagi buget pada orang islam peruntukan sebanyak RM64 juta, paling tinggi dalam sejarah Penang!.

Kasihan Najib, pakai merah, cakap cina, bawa artis antarabangsa hanya untuk saksikan dirinya ditolak mentah-mentah di Penang!

Baca sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License