PR perintah, negara tak akan hadapi diskriminasi begini!

Thursday, 14 February 2013

Perdana Menteri Najib Razak, yang semakin lemah pernah janji dan gesa agar permit dapat dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pengusaha teksi individu. Tapi nampaknya tak ada apa-apa tindakan dilakukan oleh mereka yang bertanggung jawab.

Najib yang lemah itu buat kenyataan hanya apabila mendapat tekanan daripada Pakatan Rakyat yang jelas menentang sistem monopoli dan diskriminasi yang diamalkan oleh BN selama ini.

Namun, nampaknya Najib memang lemah, dia hanya kuat jalan buat kempen demi kempen dan reka tema demi tema serta slogan demi slogan untuk menyedapkan halwa telinga.

Projek transformasi yang diwar-warkan sebagai berjaya dan cukup hebat hanya mendapat faedah segelintir kroni dan sahabat niaga Umno/BN. Rakyat hanya dapat tempias sahaja yang lebih kuah daripada isi.

Berikutan itu, satu kumpulan pemandu teksi bertindak melancarkan kempen, 'hentikan monopoli permit teksi'.

Jika Pakatan Rakyat pegang pemerintahan, semua aktiviti kroni, monopoli dan seumpamanya akan menjadi perkara pertama dan pokok yang perlu dihapuskan...sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License