"Penyebab negara boleh muflis adalah disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma" - Anwar Ibrahim - Perdana Menteri Malaysia (Bakal)
Begitulah kata Anwar ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Unisel. Beliau menafikan dakwaan Umno/BN yang kononnya negara akan muflis sekiranya memberikan pendidikan percuma. Itu, jelas Anwar merupakan satu pembohongan besar!
Anwar berikan contoh bagaimana kerajaan negeri Selangor bina jalan dengan spesifikasi yang sama dengan kerajaan pusat tetapi dengan kos yang 30% lebih menjimatkan. Ini satu bukti jelas bagaimana cara kerajaan menguruskan perbelanjaan. Mana pergi 30% lebihan kos itu...jawabnya pergi kat broker, pelobi, dan lain-lain le!.
Kerajaan PR memandang serius pada isu pendidikan percuma dan juga isu kualiti pendidikan negara. Apabila menguasai pemerintahan negara selepas ini, kerajaan PR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pemimpinnya yang tersasar daripada arah tuju yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment