Tol Jambatan P Pinang free jika PR tawan Putrajaya!!!

Wednesday, 23 January 2013

Geng-geng di Pulau Pinang telah menubuhkan satu pergerakan yang dinamakan sebagai HAPUS. Hapus menuntut agar kerajaan pusat menghapuskan tol jambatan pertama Pulau Pinang. Pergerakan tersebut diketuai oleh seorang usahawan Penang yang bernama Zolkifly Md Lazim.

Anda boleh baca ulasan Zolkifly Md Lazin di sini untuk keterangan lanjut.

Saya terfikirkan samada tuntutan ini boleh dipertimbangkan dan patut menjadi manifesto atau janji Pakatan Rakyat jika berjaya memerintah Putrajaya. Jika PR sanggup menjadikannya sebagai janji mereka pada rakyat, satu usaha perlu difikirkan untuk menyelesaikan masalah lain yang berbangkit akibat daripada penghapusan tol di jambatan pertama tersebut.

Antara perkara yang perlu difikirkan adalah:


  1. Bagaimana dengan kedudukan jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dibina sekarang? jika jambatan pertama dijadikan percuma, matlamat mengurangkan kesesakan pada jambatan [ertama akan tersasar. Siapa tak mahu naik jambatan tol free.
  2. Jambatan kedua besar kemungkinan akan menjadi projek gajah putih dalam jangkamasa yang agak lama sehinggalah pembangunan di kawasan naik dan turun jambatan tersebut terbangun dengan rancak dan semeriah di jambatan pertama. Jika tidak tak ada sesiapapun yang mahu naik jambatan kedua melainkan mereka yang datang dari Selangor atau perak.
  3. Untuk mengatasi kesesakan pada jambatan pertama kerana percuma, maka tol habatan kedua juga perlu dijadikan percuma. Ini melibatkan satu kos yang cukup tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan persekutuan sedangkan faedahnya hanya berpihak lebih banyak pada orang Pulau Pinang.
  4. Apabila kedua-dua jambatan percuma, maka tambang pengangkutan feri juga perlu dijadikan percuma.  Jika tidak feri hanya akan menjadi tarikan industri pelancongan yang jumlahnya mungkin tidak dapat membiaya kos operasi perkhidmatan feri tersebut.
Kita tidak boleh membandingkan jambatan P Pinang dengan jambatan-jambatan lain di seluruh negara kerana situasinya tidak sama. jambatan di Terenggani yang dimansuh dulu tidak memberi kesan pada kemudahan lain seperti di P Pinang yang ada jambatan kedua dan juga feri.

Walau apapun, usaha menjadikan kesemua tol atau feri percuma memang usaha yang mengiurkan rakyat. Cuma masalahnya bila kita tengah meleleh air liur, tetiba bila datang masanya tak dapat, mata akan menjadi merah!

Anda fikirkanlah sendiri sebarang hujah untuk menafikan pendapat saya ini. Walau apapun yang anda fikirkan setuju atau tidak setuju, kita tetap sokong Pakatan Rakyat.

Kerana kita sokong PR maka kita perlu sama-sama berfikir untuk menjadikan PR sebuah kerajaan yang hebat dengan mengkritik secara positif. Wallahu'alam.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License