Pas dan salib

Friday, 25 January 2013

Pas kerjasama dengan DAP. Gam yang lekat mereka berdua adalah PKR. Maestro yang mencatur semua kerjasama ini adalah Anwar Ibrahim. Gabungan ini akhirnya menjadi paling kuat dalam sejarah pembangkang negara sejak lepas merdeka apabila Anwar Ibrahim dikeluarkan daripada penjara.

Cubaan demi cubaan menghancurkan kerjasama Pakatan Rakyat menemui jalan buntu. Umno ajak Pas kahwin, usaha itu menemui jalan buntu apabila ada halangan dari sebahagian besar orang Pas. Akhirnya Pas akur untuk terus bersama PR.

Masa dah suntuk untuk tunggu Pas berpaling tadah pada PR. Pilihanraya umum akan tetap berlaku jika diizinkan Allah sebelum April tahun ini. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Oleh itu Umno perlu cari helah lain, maka timbul idea menyesatkan Pas di mata orang melayu.


Mula-mula mereka kecam dan tuduh Anwar Ibrahim promote Islam Liberal dan mengalakkan pluralisme. Tapi tak ada kesan langsung pada rakyat sebab susah nak explain pada orang tua kampung dan melayu tak mengaji tinggi apa maknanya liberalisme dan juga pluralisme...Umno pening dan temui jalan buntu.

Lepas itu mereka dapat idea untuk bubuh label Kristian pada cina DAP. Mereka kata Lim Guan Eng dan ayahnya Apek Lim Kit Siang mahu jadikan Malaysia negara Kristian. Isu tersebut nampaknya menjadi juga dan orang melayu yang rasa mereka Islam tapi jahil rasa takut kalau-kalau mereka terbaca Bible dalam bahasa Melayu.

Lim Guan Eng pulak melatah bila sebut agar penggunaan nama Allah dipertimbangkan dalam Bible. Aku tahu Lim Guan Eng tidak buat begitu secara tidak sedar. Dia tahu akibatnya bermain sentimen sebegitu kerana dia bukan baru 3 bulan dalam kancah politik negara.

Daripada analisa cetek aku, dia buat begitu intentionally. Ada kira-kira dalam perbuatannya sebegitu. Tentu ada janji besar antara beliau dengan puak pendakyah Kristian di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Sabah dan Sarawak adalah deposit tetap Umno atau BN untuk kuasai Putrajaya. Jika PR boleh pusing hakikat itu ada kemungkinan besar Putrajaya jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat. Jadi PR mesti buat sesuatu untuk jadikan impian itu berjaya.

Oleh itu bagi aku ada kemungkinan Lim Guan Eng cuba mengambil hati para pendakyah Kristian di Sabah dan Sarawak. Dia buat kenyataan tersebut dengan syarat puak Kristian di sana akan memihak pada PR pada PRU-13 nanti.

Jika itu berlaku, ada kemungkinan Sabah dan Sarawak akan membantu PR untuk menawan Putrajaya. Itulah sangkaan aku yang melihat ini satu strategi besar PR yang ada kemungkinan pimpinan besar Pakatan Rakyat ketahui perancangannya.

Dari segi hukum, memang tidak ada salahnya nama Allah diguna pakai oleh orang kafir. Ulama bersetuju dengan hal tersebut seperti Sheikh Yusuf Qardawi. Ulama local seperti Dr Asri juga bersetuju.

Cuma dari segi maslahah umum perlu dipertimbangkan samada kerosakan akan menyaingi kebaikan. Ia hanyalah strategi dalam menentukan kebaikan berbanding keburukan. Sebab itu ulama lama di negara kita berpendapat tidak layak Allah diguna pakai oleh orang bukan Islam.

Dalam kes di Maysia, bukan Islam yang nak sangat pakai nama Allah adalah Kristian. Hindu, Buddha dan lain-lain agama tak pernah terlintas nak pakai nama tersebut pada Allah.

Kalau mereka labelkan Patung batu bertangan lapan sebagai Allah, ia memang celaka dan menjijikkan. Usaha besar perlu dibuat jika itu terjadi. Tapi aku tak yakin mereka akan buat begitu sebeb semua tokong mereka ada nama sendiri.

Tokong Cina yang berperut buncit juga ada namanya sendiri dan mereka juga takut untuk namakannya sebagai Allah. Jadi tak ada isu di sini.

Isunya cuma bila Kristian mahu guna nama Allah pada perkataan God mereka. Kristian terkenal dengan lukisan hebat mereka menggambarkan Jesus, Malaikat dan lain-lain. Cuma aku tak pasti jika Kristian sendiri ada pernah membuat lukisan yang menggambarkan Tuhan atau God. Aku tak pernha lihat lagi setakat pengetahuan aku yang cetek ini.

Jika mereka lukis jesus, mereka tetap akan katakan itu Jesus dan bukan God, jika merekalukis Jesus dan namakan itu Allah, senang saja orang Islam akan menolaknya kerana sebodoh-bodoh orang Islam mereka merasa gerun untuk melabelkan mana-mana lukisan sebagai Allah. kalau ada juga yang tak tahu bab ini, aku rasa kita elok ajar da mengucap kerana keislamannya boleh diragui.

Berbalik pada bab Pas akhirnya buat U-Turn menghalang bukan Islam dari menggunakan nama Allah. Nampak bertentangan dengan pengumuman Haji Hadi sebelum ini. Itu juga sudah aku jangkakan dan aku juga yakin mereka telah berbincang akan akibatnya.

Pas kuat di Semenanjung dan perlu ambil undi orangMelayu di semenanjung. Jadi strategi tersebut melegakan ramai orang Melayu dan megecewakan Umno. Melayu mula datang percaya semula pada Pas.

Ini tidak memberikan kesan pada Sabah dan Sarawak. Mereka ambil pegang kata Lim Guan Eng dan akan bersetia janji untuk kalahkan BN di Sabah dan Sarawak.

Akhirnya Sabah dan Sarawak akan banyak dikuasai oleh PR dan Semenanjung juga akan dibelasah oleh PR. Rumusannya PR akan menguasai PRU-113 nanti dan Kerajaan Malaysia akan beralih pada Pakatan Rakyat...
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License