- Watak pembela: KS Bawani
- Watak perempuan sihir jahat: Sharifah Zohra
Kedua-dua mereka tidak terkenal sebelum filem listen X3 itu ditayangkan serentak di seluruh negara. Kini tiba-tiba dunia hiburan politik punya tambahan celebriti segera.
Aku yakin semunya berpunca dari kerakusan perempuan sihir jahat Sharifah Zohra tu. Muka dia sekali pandang macam pelakon Bollywood. Gaya dia juga ada banyak pengaruh daripada filem bollywood.
Gaya siut perasan hebat suruh orang diam dan diiringi tepukan gemuruh penonton. Tepukan menambahkan lagi kembang punggungnya untuk menunjukkan betapa hebat dia menjadi heroin (watak jahat) di depan penonton.
Biasanya muka perasan ala bollywood jenis tu hanya akan melampau jika ada galakan dan sokongan orang kuat di belakangnya. Sokongan tentu datang daripada Umno yang akan berikan apa saja kemudahan untuk mengglamourkan mereka yang mengetuai sebarang pertubuhan pro-Umno.
Allah Maha Adil, muncul heroin jahat, akan muncul pula heroin baik (bergantung anda sebelah mana, jika anda BN, Bawani jahat, sebaliknya jika anda PR, Sharifah Zohra jahat).
Untuk maraikan Bawani yang telah naik ke tahap celebriti negara, Kerajaan Kelantan telah menjemputnya naik ke pentas dalam satu program hebat baru-baru ini. Tahniah Kelantan kerana:
- Cukup cekap dan pantas ambil kesempatan
- Men giktiraf sesiapa saja yang bangun menuntut keadilan tak kira bangsa atau agama
Mungkin ini bukan celebriti terakhir yang muncul sebelum bermulanya PRU13 tak lama lagi. Untuk create new celebrity dunia hiburan politik dalam masa yang pantas adalah satu kelebihan teknologi zaman kini. Jika kena gaya dan caranya, anda akan meletop jadi terkenal dan tidak mustahil naik samada ke pentas BN atau pentas PR
No comments:
Post a Comment