Isu Awie buka kelab malam

Thursday, 24 January 2013

Apasal sibuk dedah artis rock tu buka perniagaan atau terlibat dengan aktiviti perniagaan kelab malam?. Apasal nak sibuk dedah artis rock tu melibatkan diri dengan maksiat? apa yang nak diherankan? apa artis selama ini terkenal dengan sifat islamik mereka ka?

Bila sibuk tanya itu ini pada manusia yang memilih hiburan sebagai cara mereka cari makan, akan keluar berbagai ayat sial yang memedihkan telinga. Maklumlah, apa yang nak diharapkan dari mulut mereka serta hati yang bergelumang dengan maksiat dan hiburan.

Tetapi aku rasa ada bagusnya jugak serang mat rock Awie tu. Dia sokong kuat Umno dan jadi jurucakap Umno khas untuk para remaja muda-mudi yang suka pada hiburan. Dia nasihatkan muda-mudi jauhkan diri daripada pembangkang.

Aku pernah dengar ayat dari mulut dia sendiri dalam satu temuramah TV3/4 komennya:

"...tak payahlah kita terpengaruh dengan mereka yang cuba membawa pengaruh luar ke dalam negara kita...ramai remaja kita yang dah terikut-ikut budaya luar..."

Adoi! gelinya aku dengar ayat power tu. Rasa macam ada ulat taik sedang korek lubang telinga, gemi geleman dengar cakap itu. Ayat tu keluar dari mat rock yang rambut panjang, siap bubuh color murah campur blonde sikit, pakai singlet ketat ala boxer dan menyanyi lagi rock....aku rasa pembaca dapat tangkap apa yang aku maksudkan.

Ringkasnya, bila hang ketam, ajar orang suruh jalan ke depan, kemudian kondem pulak kata kat orang lain jalan tak betul ke tepi....sengaja mengundang orang serang dan londeh perkara bangang yang hang buat
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License