Aku lemas dengan asakan berita tentang Tunku Aziz yang keluar dari DAP. Mamat berintegriti ini digunakan secukupnya oleh media propaganda umno untuk meyakinkan orang ramai bahawa DAP adalah sebuah parti yang pincang.
Walaupun aku yakin bagi mereka yang berpendapatan rendah cukup makan, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, yang mana golongan ini merangkumi 70% orang Melayu tak pernah kenal Tunku Aziz ini. Aku sendiri tak pernah kenal siapa mamat berintegriti ini sebelum ini. Sekali imbas aku tengok dia macam aktivis masyarakat terkenal Lee Lam Thye. Dulu aku sangka dia seorang makluh yang mungkin ada bau-bau bacang dengan Lee lam Thye rupanya aku salah.
Tunku Aziz seorang yang hanya terkenal dikalangan ahli korporat berprofil tinggi. Dia cakap lebih banyak menyentuh hal ehwal masyarakat berprofil tinggi dan integriti yang dilaung-laungkannya juga lebih berkisar dalam suasana berprofil tinggi. Tak ada masyarakat marhaen yang ada masa nak dengar laungannya. Warga marhaen lebih sibuk mengira duit yang ada dalam kocek untuk beli ikan kembung, mereka takut tak mampu lagi makan ikan kembung segar tak ada catitan tentang integriti dalam diari mereka.
Masa mula dia umum nak keluar parti dia kata dia gagal untuk menarik orang Melayu mendekati DAP, jadi dia tak mahu terus gagal dan mahu berundur. Kemudian dia mula serang Lim Guan Eng dengan berkata cina LGE tu biadab. Itu ok lagi sebab biasalah orang tua, bila kita kasar sikit dengan dia, tak ada perkataan lain yang akan keluar dari mulut mereka melainkan biadab.
Kemudian timbul banyak lagi pulak cerita. Kononnya dia dah tiga kali nak keluar dari DAP. Dia juga kata dia tak pernah mahu jadi orang politik. Itu menambahkan lagi pening aku. Kalau dah tak mau main politik apa pasal hang pi masuk DAP sejak hari pertama dulu. Kemudia hang terima pulak jawatan tinggi dalam organisasi badan politik tersebut...apahal?.
Lepas tu dia tibai Anwar Ibrahim pulak. Dia kata tak pernah setuju dengan cara Anwar berpolitik. Lepas tu yang membuat Umno dan juak-juak lain seronok dia kata pula berikan peluang pada Najib buat perubahan pada negara. Perubahan perlukan masa....bla bla bla....dan semua itu berbelit-belit dan akhirnya dia hanyalah membuktikan bahawa dia tak ada prinsip kekal. Prinsip dia berbolak balik dan tak ada arah tuju.
Sebab apa aku kata dia memang berintegriti adalah sebab dia memang mempamerkan sikap berintegriti. Aku tengok dalam kamus dewan bahawa, ini makna integriti:
"(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan"
Apa yang aku faham dari segi makna kejujuran itu ternyata Tunku Aziz memang jujur, dia main belasah apa saja yang berligar di dalam fikirannya tanpa selindung sehingga tanpa disedari dia sekadar mencemarkan nama baiknya sahaja...namun dia tetap jujur.
Cuma dia orang yang tak memahami kehendak rakyat marhaen dan tak pernah ada masalah tak ada duit untuk beli ikan kembung macam orang yang dah berkurun-kurun susah di negara kita. Ringkasnya dia tak ada prinsip politik memperjuangkan rakyat.
Jadi tak payahlah kita layan lagi orang sebegitu dan biarkanlah dia dengan egonya sendiri memikirkan masalah sekitar lingkungan golongan korporat serta warga berada. Yang paling aku meluat sekali adalah bila ditanya adakah dia akan masuk Umno, dengan egonya dia menjawab....Umno sendiri tak akan mampu mengendalikan orang macam dia....alahai berlagak macam hebat sangat mamat taik lalat ni....
No comments:
Post a Comment