Kahwin atas dasar cinta tidak bagus!, suruh ibubapa cari lebih baik!

Monday, 14 May 2012


  • Bagaimana anda menemui pasangan yang anda kahwini sekarang. Adakah berdasarkan cinta semasa bertemu di pusat pengajian atau pusat membeli belah, atau pasangan anda adalah pilihan ibu/bapa yang tidak pernah anda kenali sebelum ini?
  • Bagi yang sudah berkahwin, anda boleh menilai pendapat yang disebut di atas manakala bagi yang belum berkahwin anda boleh jadikan ini satu pedoman untuk mencari pasangan anda.
  • Berdasarkan kajian, mereka yang berkahwin atas pilihan ibu/bapa akan membina hubungan suami isteri yang bahagia dalam jangka panjang dan hubungan tersebut akan terbina lebih erat menuruti masa. Maknanya semakin lama tempoh perkahwinan itu semakin erat hubungan yang terjalin antara kedua suami isteri.
  • Bagi mereka yang berkahwin secara suka sama suka atau atas dasar cinta angau, hubungan mereka amat erat dalam tempoh satu tahun pertama selepas berkahwin dan hubungan tersebut semakin lama semakin renggang dan berakhir dengan tidak bahagia dan saling tidak menyukai antara satu sama lain.
  • Antara sebab utama perkara tersebut berlaku adalah mereka yang membiarkan pasangan dicari atau ditentukan oleh ibu/bapa akan mendapat pasangan yang mempunyai fahaman dan falsafah hidup serta matlamat yang dikongsi bersama.
  • Ibu bapa sudah tentu akan menggunakan segala jaringan yang ada bagi mencari menantu dari keluarga yang dia setuju dan selesa dan mempunyai nilai-nilai kepercayaan yang dikongsi bersama. Oleh anak-anak mereka yang bakal berkahwin mempunyai satu matlamat yang dikongsi bersama. Tugas mereka setelah berkahwin hanyalah untuk saling mengenali hati budi masing-masing secara lebih mendalam.
  • Perumpamaannya adalah seperti kita bertemu dengan rakan seasrama apabila baru masuk sekolah. Pada  mulanya memang lansung tak mesra, tapi lama kelamaan hubungan akan terbina dan kita akan menjadi kawan rapat.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut baca buku "The Art of Choosing"
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License