Persediaan terakhir PR ke Putrajaya!

Tuesday, 15 May 2012

Bersedia menjadi PM selepas PRU-13
Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kemunculan semula isu Hudud yang dipermainkan oleh media bagi melagakan Pakatan Rakyat. Ada sesetengah peminat politik berpendapat isu Hudud yang diperkatakan semula oleh Tuan Guru Haji Hadi dan kemudiannya di sambut dengan lebih mesra oleh Tuan Guru Harun Taib adalah sesuatu yang potong stim di saat-saat kekuatan Pakatan Rakyat berada di kemuncaknya.

Namun selepas perbincangan semula sesama pimpinan Pakatan Rakyat ternyata isu tersebut lebih nampak menyerlahkan kematangan kerjasama antara ketiga-tiga parti utama tersebut. Mereka nampaknya lebih mengutamakan yang lebih utama dan sanggup meng'KIV'kan perbezaan pendapat terhadap isu utama masing-masing selepas menakhluki Putrajaya.


Di sini nampak jelas masing-masing pandai memahami permainan politik yang perlu, tepat pada masanya. Di pihak Pas, para pendokongnya tidak perlu ragu-ragu lagi dengan matlamat parti ke arah menubuhkan negara Islam apabila Presidennya membuat penegasan agenda mereka yang tidak pernah berubah walaupun ia secara terang ditentang oleh veteren DAP Karpal Singh atas kefahamannya terhadap negara sekular yang dipercayainya.

Ketegasan kedua-dua parti itu sebenarnya melegakan kedua-dua pendokong parti samada Pas ataupun DAP. Manakala pihak yang memfitnah Pas dengan mengatakan idea negara Islam sudah luntur dari perjangan Pas nampaknya terkedu. Ini menyerlahkan lagi kerakusan dan tidak sabarnya Hasan Jati yang menjadikan alasan itu sebagai punca utamanya keluar dari Pas dan siap menuduh Pas telah berjalan mereng dan terkeluar dari landasan Islam.

Keputusan terakhir mesyuarat sesama pimpinan PAS, DAP dan PKR menegaskan sekali lagi tumpuan utama mereka masih tetap utuh atas dasar mengembalikan kebersihan sistem pilihanraya di Malaysia, merubah polisi ekonomi negara dan mengimplimentasikan dasar buku jingga. Segala hal selain daripada itu akan diperbincangkan sesama parti secara tertutup setelah mereka menduduki Putrajaya.

Daripada temuramah terhadap berbagai kumpulan agama lain yang dilaporkan oleh Malaymail, nampaknya mereka juga tidak nampak isu Hudud sebagai sesuatu yang mempunyai impak yang besar terhadap kekuatan sokongan rakyat kepada PR. Bagi mereka dalam keadaan sekarangpun Pas yang menguasai Kelantan dan juga Kedah terbukti sentiasa patuh kepada prosedur dalam segala tindakan mereka untuk melaksanakan sesuatu yang menyentuh agama Islam. Oleh itu tidak ada bezanya jika PR berjaya menawan Putrajaya, segala tindakan akan dijalankan secara berhemah dan mengikut prosedur.

Menarik juga untuk memetik kenyataan ABIM yang berpendapat isu Hudud perlu dilihat secara holistik dan bukan secara politik. Ia memerlukan penyelidikan serta perbahasan yang menyeluruh dan mendalam dan tugas itu perlu dilaksanakan dalam suasana ekademik secara ikhlas dalam mencari jalan keluar bagi menyelesaikan hasrat pejuang Islam.

Dalam pada itu ABIM berpendapat isu Hudud hanyalah sebahagian kecil daripada perlaksanaan agama Islam di mana ada banyak lagi isu lain yang amat penting seumpama menghidupkan kembali roh Islam kepada para penganutnya sebelum Hudud dapat dilaksanakan.

Bagi aku semua yang tersebut di atas dapat dilaksanakan apabila pimpinan yang ada sanggup bertolak ansur demi mencapai prinsip menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. Dan ia pasti dapat dilaksanakan apabila semua pihak setia berikrar untuk saling menghormati hasrat masing-masing.

Aku yakin dengan semangat kerjasama sedemikian, Pas sebagai salah satu daripada Parti yang memerintah dapat memainkan peranan mereka dalam menjernihkan semula fahaman serta persepsi agama Islam terutamanya dalam isu Hudud, kepada semua rakyat Malaysia dengan cara yang lebih berkesan dan aku doakan penjernihan itu akan berlaku bila negara kita lebih fokus kepada isu-isu membina dan intelektual untuk dihidangkan kepada rakyat di media-media massa. Aku yakin media massa selepas ini tidak lagi akan menadikan isu tidak bermoral seperti cerita seks, skandal, fitnah dan sebagainya sebagai bahan utama  mereka.


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License