Anwar janji realisasikan sistem pendidikan percuma dalam tempoh setahun menjadi PM

Wednesday, 16 May 2012


  • Isu PTPTN masih belum selesai dan Pakatan Rakyat berazam mahu menjadikan sistem pendidikan percuma sebagai salah satu daripada matlamat mereka jika dapat menumbangkan kerajaan BN.
  • Ketika berucap di Shah Alam hari ahad lalu dalam perhimpunan sempena menyambut hari pekerja. Anwar Ibrahim memberikan janjinya untuk melaksanakan sistem pendidikan percuma dalam tempoh satu tahun selepas duduk di kerusi Perdana Menteri.
  • Tempoh satu tahun yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim adalah berdasarkan keupayaan negara Turki merealisasikan program pendidikan percuma itu selepas 3 tahun Recep Tayyip Erdogan memegang tampok pemerintahan Turki. Jika negara Turki yang tidak punyai sumber minyak yang kaya seperti negara kita mampu melaksanakannya, maka sudah pasti kita lebih mampu lagi berbanding mereka.
  • Salah satu faktor yang menyebabkan lambakan IPTS di negara kita adalah apabila PTPTN diadakan. Dengan peluang untuk menyambung pelajaran terbuka kepada semua orang dengan dimudahkan rakyat berhutang bagi membayar yuran kemasukan ke IPTS atau IPTA maka lebih ramai rakyat akan berupaya menyambung pelajaran.
  • Peningkatan pelajar yang boleh berhutang untuk belajar menyebabkan industri pendidikan berorientasikan keuntungan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dan majoritinya adalah usahawan yang mesra BN atau lebih tepat lagi golongan Kroni Umno/BN. PTPTN berjaya melahirkan ramai jutawan segera dari kalangan kroni Umno/BN maka tidak hairanlah bila PR mahu mansuhkan PTPTN mereka melompat marah menentangnya.
  • Salah satu bukti bahawa sistem pendidikan berorientasikan keuntungan ini sebenarnya gagal melahirkan graduan yang berkualiti ada dibentangkan di Amerika. Kajian mendapati graduan keluaran IPTS berorintasikan keuntungan majoritinya sukar mendapatkan peluang pekerjaan dan jika dapatpun mereka dibayar dengan gaji yang rendah.
  • Terbukti bahawa sistem pengajian awam yang tidak berorientasikan keuntungan berjaya melahirkan graduan yang lebih berkualiti kerana mereka berjaya memberikan fokus kepada kualiti pendidikan itu sendiri berbanding keuntungan. Lihat laporannya di sini.
  • Oleh itu marilah kita sokong hasrat Pakatan Rakyat mahu menjadikan sistem pendidikan percuma di negara kita dalam tempoh setahun menawan Putrajaya.
Share on :

3 comments:

  1. Kalau tak percuma sepenuhnya pun takpe, tapi asal jgn ada lain2 caj.

    Lebih baik kalau dpt kembali kpd sistem loan JPA dulu2. Byr loan ikut pencapaian pelajar. Percuma tanpa syarat masih ada kelemahannya.

    ReplyDelete
  2. sukar nak percaya . KITA ambil contoh TOL SUNGAI NYIOR kat BAGAN . MASA PRU12 PR berjanji MEREKA akan hapuskan TOL SUNGAI NYIOR didalam KEMPEN mereka jikalau menang . Sampai sekarang gagal di LAKSANAKAN lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kena tengok perjanjian konsesi terlebih dahulu antara syarikat pemegang konsesi dengan kerajaan. Bukan senang nak batalkan perjanjian yang dah diikat samalah juga dengan perjanjian konsesi lebuhraya yang lain di seluruh negara. Menyentuh PTPTN ia agak berlainan dengan isu konsesi yang ada perjanjian. Cuma mereka yang meminjam sahaja yang mengikat perjanjian dengan pemberi pinjam dan jika kerajaan mahu mempercumakan pendidikan maka terpaksalah kerajaan melangsaikan hutang yang telah diikat perjanjiannya.

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License