Kelantan tarik balik gelaran Datuk daripada Ibrahim Perkasa !

Thursday, 17 May 2012

Istana Kelantan hari ini, telah melucutkan gelaran “Datuk” yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), dan juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan Datuk Ibrahim Ali. Selain itu, gelaran bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud, juga telah ditarik balik.

Reaksi beliau ketika dimaklumkan mengenai pelucutan gelaran itu: “Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.


Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” “Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa da budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi. Walaupun gelaran tersebut telah dilucutkan, Datuk Ibrahim Ali masih lagi membawa gelaran “Datuk” kerana menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dari Selangor dan Darjah Mulia Seri Melaka dari Melaka yang membawa gelaran “Datuk”.

Apa-apa pun, gelaran itu hak Sultan yang mengurniakannya, dan hak baginda juga untuk menarik balik gelaran tersebut atas sebab-sebab tertentu. Mungkin baginda mempunyai sebab-sebab asas yang kukuh untuk membuat tindakan sebegitu. sumber

P/S: Itu tandanya Brahim perkasa dah tamat jadi pelakon politik di negara kita. Tak ada tempat bagi Brahim perkasa di negeri Kelantan lagi. Kalau dia nak bertandingpun terpaksalah dia pergi tempat lain. Sebab itu dia ada melalak baru-baru ini kononnya nak cabar Anwar Ibrahim bertanding dengan dia kat Permatang Pauh...hahaha orang dah boleh baca trik hang Brahim oooi
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License