- Populariti Najid di kalangan rakyat naik sebanyak 10% kepada 69% pada bancian terbaru yang dibuat oleh Merdeka Centre for Opinion Research. Ia jauh lebih baik berbanding 6 bulan lepas.
- Faktor yang menyumbang kepada kenaikan tersebut adalah luahan kegembiraan golongan berpendapatan kurang dari RM3000 yang mendapat BR1M baru-baru ini. Sebanyak 74.5% daripada golongan ini menyokong usaha Najib. Perlu diingat bahawa 94% daripada golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 adalah orang Melayu.
- Walaupun populariti Najib naik banyak tetapi malangnya populariti kerajaan BN yang dipimpinnya turun kepada hanya 48%.
- Kerajaan BN tidak mendapat sokongan daripada mereka yang muda kurang daripada 30 tahun. Hanya 39% daripada golongan ini menyokong kerajaan BN sedangkan jumlah mereka adalah separuh daripada jumlah keseluruhan pengundi pada PRU-13 nanti.
- Golongan yang menyokong BN paling banyak pula adalah mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun iaitu sebanyak 54% dan kemungkinan ramai daripada mereka yang tak akan sempat mengundi pada PRU-13 nanti.
- Tak payah untuk kita buat kiraan yang susah untuk membuat rumusan bahawa walaupun rating Datuk Seri Najib naik tinggi, Barisan Nasional nampaknya akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerajaan pada PRU-13 nanti jika 'mood' sebegini berterusan sehingga PRU-13 nanti.
- Najib nampaknya mengatur strategi yang baik dengan melepaskan label sebagai pelampau Melayu kepada PERKASA dan melepaskan label sebagai pelampau agama kepada JATI tetapi nampaknya kebanyakan rakyat mengaitkan Perkasa dan JATI kepada Umno.
- Najib nampaknya berjaya melepaskan dirinya daripada serangan peribadi hasil daripada usaha terancang yang amat baik dengan menyerang bertubi-tubi pesaing kuatnya iaitu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
- Ketua Pembangkang diserang teruk oleh semua pihak termasuklah cybertrooper Umno dan juga bekas rakan-rakan baik Anwar yang berpaling tadah setelah dijamu dengan berbagai jawatan. Semua usaha ini digembleng dengan hebat oleh keseluruhan media utama yang dikuasai oleh kerajaan sehingga dapat membentuk benteng kuat terhadap peribadi Najib.
- Tindakan tiga serangkai kumpulan ini iaitu Perkasa, JATI dan senator terjun serta rakan-rakannya membuatkan Najib selesa meronda ke seluruh negara dan mempamerkan kepada seluruh rakyat bahawa dia telah melaksanakan kerjanya dengan baik.
- Ternyata usahanya itu berjaya dan dibuktikan oleh popularitinya yang meningkat tetapi malangnya hanya dia yang popular tetapi tidak kerajaan yang dipimpinnya.
- Semalam satu lagi usaha Najib mempamerkan kehebatannya kepada rakyat namun kita boleh lihat semuanya berkisar kepada Najib, Najib dan Najib. Sekali lagi Najib berjaya tunjukkan bahawa dia hebat namun saya rasa itu tidak bermakna rakyat ambil faham bahawa BN hebat.
- Kalau negeri pimpinan Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang dan Selangor makin hebat setelah diambil alih daripada BN, kenapa pula negara yang sedang meningkat baik sepertimana yang ditunjukkan oleh Najib tidak dapat diuruskan oleh PR dengan lebih baik lagi sedangkan keseluruhan mereka yang bekerja membaiki prestasi negara adalah pegawai-pegawai profesional. Mereka jugalah yang akan kekal bekerja walaupun kerajaan BN ditakdirkan tumbang pada PRU-13 nanti.
Populariti Datuk Seri Najib naik, adakah BN akan menang besar?
Tuesday, 3 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment