Sebaik saja lafaz 'aku terima' maka segala-galanya akan bermula - Sekadar gambar hiasan. |
- Kebanyakan pembaca blog ini mungkin lelaki yang sudahpun berumah tangga dan masing-masing tentu sudah faham benar apa yang dinamakan sebagai isteri cuma saya yakin kita orang lelaki jarang mengadu hal kerenah isteri kita kerana ia bukanlah menjadi masalah besar pada kita. Sebaik saja bertemu kawan-kawan, segala kerenah isteri di rumah biasanya akan lenyap begitu saja.
- Bagi mereka yang belum berkahwin pula atau baru merancang nak berkahwin atau baru berkahwin seperti saudara Shahabudeen Jalil, usahawan pemborong negeri cina, tentu masih belum dapat membayangkan apa yang bakal mereka temui sebaik saja menerima kehadiran seorang isteri.
- Sebelum berkahwin, perempuan, awek, isteri dan ibu adalah nama yang kita campur adukkan sekali gus menggambarkan golongan yang berlainan jenis dengan kita dan kita lihat banyak persamaan di antara semua nama tersebut.
- Selepas berkahwin rupa-rupanya yang dikatakan wanita atau perempuan itu merupakan anugerah Tuhan pada manusia sebagai seorang ibu yang sungguh luar biasa. Sifat mereka yang menyayang secara semula jadi pada anak-anak sukar ditandingi oleh kaum lelaki. Jadi sebagai seorang ibu perempuan berada dikedudukan yang amat tinggi.
- Dalam pada itu seorang ibu kepada anak-anak kita sudah semestinya juga bertindak sebagai seorang isteri kepada kita kaum lelaki. Di sini segalanya berubah kerana sebagai seorang isteri secara semula jadinya mereka merupakan anugerah Tuhan pada kaum lelaki untuk kita tahan menghadapi segala dugaan serta kerenah mereka sebagai isteri.
- Musuh seorang isteri adalah:
- Kawan-kawan suaminya
- Isteri amat cemburu kepada hampir kesemua rakan-rakan suaminya terutamanya yang rapat. Isteri tak akan faham kenapa semalam sudah jumpa si Anu tiba-tiba hari ini masih mahu berjumpa lagi.
- Dan esok pula masih berjumpa begitulah lusa, tulat, dan seterusnya. Maka tidak hairanlah mereka mula anggap rakan-rakan sebagai perampas masa isteri bersama dengan suaminya.
- Bagi mereka yang menurutkan sikap si isteri begini anda dapat lihat mereka kini menjadi kera sumbang yang kehilangan rakan-rakan baik dan amat romantis pada anak-anak serta isteri.
- Masyarakat di mana suaminya bergaul dan menyumbangkan bakti
- Jika suami seorang ahli masjid dan kebetulan dilantik menjadi ahli jawatan kuasa masjid pula maka satu lagi musuh tercipta di mata para isteri.
- Kenapa asyik-asyik mesyuarat dan mesyuarat dan sekali mesyuarat lama pulak. Itulah persoalan yang berputar di dalam kepala mereka. Ada kalanya suami ke surau atau ke masjid dan lama di situ mendengar ceramahpun akan menjadi masalah.
- Isteri akan terasa suami lebih mengutamakan masyarakat lebih daripada keluarganya sendiri. Bagi yang menurut kata isterinya itu anda boleh lihat mereka sudah tidak lagi aktif bermasyarakat dan bersolat jemaahpun amat kurang sekali. Masyarakat hilang seorang lagi pemain utama mereka.
- Kerjaya suaminya
- Suami yang kuat bekerja biasanya merupakan suami yang kuat ketahanan jiwanya. Semakin kuat bekerja semakin meningkat kedudukan si suami dari segi karier atau kedudukannya dan semakin lama masa yang diperuntukkan pada kerjayanya.
- Sampai disatu peringkat, si isteri masih mahukan segala kelebihan yang ada pada suaminya seperti wang dan kemudahan dan dalam masa yang sama mahu suaminya tidak terlalu kuat bekerja.
- Bagi mereka yang menurut kata si isteri begitu anda dapat melihat mereka kini sedang terdampar kesusahan kerana perniagaan lingkup atau dibuang kerja. Tidak ada suami yang berjaya tanpa sokongan kuat dari si isteri. Itu salah satu sebab kenapa bangsa Jepun berjaya.
- Anda boleh lawan semua kerenah tersebut dengan hanya berbekalkan satu senjata. Senjata itu adalah SABAR!
- Ingatlah sebaik saja anda melafazkan kata, "aku terima...", anda sememangnya sedang bersedia menerima untuk membawa pulang sebuah ribut taufan yang amat kuat berpusar. Ribut taufan itu hanya akan mula bertiup dalam sebuah kawasan yang dipanggil 'rumah tangga'. Setiap kali saya melalui sebuah rumah kelamin saya sentiasa dapat bayangkan betapa suasana tenang di luar rumah itu kadangkala amat hebat bergelora ributnya di dalam.
- Sumber: Pengalaman sendiri
- Entri ini khas untuk Shahabudeen Jalil yang baru mendirikan rumah tangga semalam...tahniah!
laki bini gaduh hari2 rumahtngga kekal jg
ReplyDeletemanakala laki bini nmpak ok depan,mesra tak pernah gaduh tau2 cerai..