- Orang tua selalu berpesan, belajar pandai-pandai, usaha keras dan bersungguh-sungguh, tahan segala rintangan, banyak bersabar dengan dugaan, nanti setelah berjaya, pangkat tinggi, duit banyak, isteri bagus, nescaya kita akan hidup bahagia.
- Pepatah pula ada menyebut, 'berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.
- Nampaknya macam kita perlu berjaya dahulu untuk bahagia. Adakah benar begitu?
- Tetapi kajian terbaru dalam neurology dan juga psikologi mendapati, kita akan menjadi berjaya apabila kita hidup bahagia.
- Doktor yang diletakkan dalam mood yang positive didapati mampu melakukan diagnosis 3 kali ganda lebih bijak daripada doktor biasa yang neutral.
- Jurujual yang positif dan gembira dapat menjual 56% lebih tinggi daripada rakannya yang neutral. Ini menunjukkan otak kita akan berfungsi dengan amat cekap sekali apabila kita berada di dalam keadaan bahagia.
- Oleh itu, janganlah bersedih, bergembiralah dan penuhkan hidup kita dengan perkara-perkara yang berfaedah dan menceriakan diri kita.
- Nak tahu lebih lanjut sila baca buku ini: "The Happiness Advantage: The Seven Principles of Positive Psychology That Fuel Success and Performance at Work"
Kita hidup bahagia setelah berjaya atau kita berjaya sebab kita hidup bahagia?
Thursday, 5 April 2012
Labels:
# Bahagia
# Berjaya
# Tahukah Anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment