Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk pembukaan tirai sejarah paling gemilang tanah air kita. Najib tak akan dapat buat apa-apa lagi melainkan melengah-lengahkan masa untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia daripada Barisan Nasional yang terakhir. Boleh diumpamakan Najib sedang berjalan menuju ke arah dinding, mahu-tak mahu akan terpaksa berhenti jua.
Dalam beberapa persediaan lain yang PR lakukan, salah satu yang nampaknya bakal melegakan semua para pemimpin dari kalangan BN adaah janji bakal Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk tidak mengapa-apakan mereka yang telah banyak menzalimi beliau. Anwar Ibrahim berharap semua penyokong PR juga dapat melakukan perkara yang sama.
Diberitakan keputusan Anwar Ibrahim tersebut mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin pakatan rakyat lain yang merasakan perbuatan para pemimpin Umno yang zalim selama ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Tindakan perlu di ambil sebagai pengajaran pada semua pemimpin politik Malaysia agar sentiasa mengamalkan politik yang bersih. Namun kebanyakan mereka akur dengan keputusan Anwar.
Di kalangan pemimpin yang berpaling tadah juga khabarnya sekarang mula condong untuk pro-PR. Semasa sesi temuramah pemberita terhadap MP Kulim, Lebai Zul yang baru habis persidangan Parlimen tempoh hari menyaksikan Zul Kulim begitu berang sekali dengan janji Anwar untuk memaafkan saja semua pemimpin BN yang banyak buat saah sebelum ini. "Mana boleh biar macam tu saja...!" jerkah Zul Kulim yang nampaknya terkejut dengan kemuliaan hati Anwar.
Apapun syabas diucapkan pada Anwar Ibrahim atas kejayaan yang bakal diraih Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti.
No comments:
Post a Comment