Waspada Apa Yang Anda Beli Di Bazar Ramadan - Budak Perempuan Mati Keracunan Selepas Berbuka !

Wednesday, 10 August 2011

Bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan Nurdini, berumur 11 tahun meninggal dunia dua hari lepas 12 jam selepas berbuka puasa. Dia dikatakan makan ABC dan juga Otak-Otak yang dibeli ayahnya dari bazar ramadan berhampiran Taman Seri Mewah Fasa 2, Meru, Klang.

Setelah berbuka dengan juadah yang dibeli itu, setengah jam kemudian Nurdini mula muntah dan kemudiannya diikuti oleh seluruh keluarga termasuk pembantu rumahnya. Keesokkan harinya dia temui Nurdini pengsan di dalam bilik air pada sebelah pagi dengan mulut berbuih. Dia segera dikejarkan ke hospital dan di sahkan meninggal. Baca sini.

Kes-kes sebegini memang jarang-jarang berlaku tetapi bila berlaku segala-galanya sudah terlambat. Memang sekarang ini majoriti umat Islam akan mendapatkan bekalan berbuka apa sahaja yang mereka inginkan melalui bazar ramada. Amalan ini bukan hanya berlaku di bandar-bandar malah ia juga menular sehingga ke pelusuk kampung.


Kita sudah malas sediakan juadah sendiri-sendiri sepertimana ayah dan tuk nenek kita dulu. Alasannya adalah kita kesuntukan masa untuk kejar duit dan akhirnya duit yang kita kejar tersebut terpaksa diberikan kepada jurujual yang mengambil alih segala tugasan yang telah kita tinggalkan.

Nampak macam kerja yang tidak siuman apabila kita memerahkan segala kudrat dan otak kita untuk menambah pendapatan yang mana akhirnya terpaksa dilepaskan kembali kepada orang lain.

Walau macam manapun itulah hakikat yang sedang berlaku sekarang ini di mana kita mengikut acuan kapitalis untuk mengkhususkan tugasan manusia dalam apa sahaja urusan bagi meninggikan produktiviti untuk mengejar keuntungan.

Macam kilang pasang kereta, masing-masing akan buat tugasan rutinnya sahaja. Jika kerjanya spray cat, maka hari-hari sepanjang masa kerja dia hanya akan spray cat saja. Jika kerjanya buat design, maka design sajalah tumpuannya.

Sekarang ini ia sudah terbawa-bawa dalam kehidupan sehingga semua urusan kita khususkan. Ada orang kerja dia jual sahaja dan ada orang kerja dia beli sahaja dan ada orang kerja dia jadi maid untuk house keeping sahaja dan ada orang kerja dia uruskan duit orang saja dan begitulah seterusnya.

Kembali kepada kisah budak meninggal selepas berbuka dari jaudah yang dibeli di bazar ramada. Mesej dari kejadian itu adalah agar kita berhati-hati dalam membeli dan juga dengan siapa kita membeli  Lebih baik makan masakan sendir dan buat lebih sikit untuk dihadiahkan pada jiran kalau tak boleh juga dan perlu membeli, elok kita perhatikan:

  1. Bagaimana penampilan penjual tersebut. Adakah dia menutup aurat. Jika dia wanita adakah dia memakai tudung dengan sempurna. Kadang kala kita berebut membeli dari gerai kuih yang dijual oleh anak-anak dara yang berbaju ketat tunjuk dada dan berseluar degree londeh nampak pusat. Bolehkah kita percaya mereka prihatin dengan halal/haram?

  2. Bagaimana kebersihan penjual dan juga kebersihan kawasan jualannya. Sekurang-kurangnya kita boleh melihat bekas makanannya samada berdaki atau tidak, berkarat ke dan lain-lain. Penjual juga boleh memberikan tanda pada kita samada dia pembersih atau pengotor dengan melihat penampilannya, pakaiannya, kukunya, rambutnya, muka dan macam-macam lagilah. kalau pengotor dan ludah merata ketika berjual bolehkah kita percaya tahap kebersihannya?

Share on :

1 comment:

  1. Sedih mendengar berita begini.

    Langkah pencegahan di atas penting. Tapi sepatutnya juga lepas tanda-tanda keracunan muncul, semua yang terlibat kenalah segera mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License