5 Isu Panas Yang Dihadapi Negara Sempena Ramadan Tahun Ini !!!

Wednesday, 10 August 2011




Mungkin PM kita orang yang paling
panas bulan Ramadan ini!
Bulan puasa kalau semua masih ingat dalam sukatan pelajaran agama Islam masa sekolah dulu dikaitkan dengan musim panas. Pada bulan puasa juga pada 8 Ramadan tahun 2 Hijrah Rasulullah bersama dengan 317 orang tentera keluar untuk memintas rombongan dagang Abu Sufyian bersama dengan 1,000 ekor unta dan 50,000 dinar emas dan akhirnya membawa kepada peperangan pertama umat Islam dengan tentera musyrikin Mekah yang 4 kali ganda lebih besar daripada tentera Islam.

Itulah peperangan Badar yang mana surah Al-Anfal diturunkan khas bagi menerangkan situasi peperangan tersebut yang mana Allah telah menjanjikan kemenangan kepada tentera Islam dengan mendapat pertolongan tentera Allah berupa Malaikat. Kalau kita mahu tahu tentang perang Badar dan bagimana mencapai kemenangan, bacalah surah tersebut. Di dalamnya diterangkan bagaimana disiplin yang harus diambil bagi menguatkan barisan dan banyak lagi panduan lain dalam menguruskan pasukan.


Kenapa saya cerita bulan puasa sebagai bulan kepanasan dan bulan yang amat genting kepada umat Islam dalam tulisan ini dan apa hubung kaitnya dengan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Sebenarnya bulan puasa ini juga negara kita dilanda dengan berbagai isu yang panas-panas terutamanya yang berkait dengan umat Islam di negara kita dan tidak kurang juga isu-isu lain yang berkait rapat dengan pergelutan politik negara kita. Antara isu-isu panas yang sedang berligar sekarang ini adalah:

  1. Isu pertama dan yang paling panas sekali adalah isu 'serbuan' JAIS ke Gereja Methodist di Damansara yang masih lagi hangat dibicarakan secara sambut menyambut oleh berbagai pihak termasuklah Umno dan Pas serta tidak ketinggalan juga Perkasa. Kalau tidak diuruskan dengan baik ini bakal meletupkan sentimen keagamaan di dalam negara kita. Ia satu cabaran yang amat panas kepada umat Islam negara kita.

  2. Bahang PRU-13 makin terasa dengan BN dab PR masing-masing sedang giat memprogadakan ramalan kemenangan masing-masing. BN dakwa bakal merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP. PR pula meramalkan bakal menambahkan lagi jumlah kerusi parlimen yang telah dimenanginya dalam PRU-12 dahulu.

  3. Terbaru isu pertukaran pegangan kepentingan antara MAS dengan syarikat penerbangan Air Asia juga meletus menjadi isu penting negara dengan berbagai komen positif dan juga negatif. Hasil pertukaran saham tersebut melihat bagaimana Khazanah terpaksa akur dengan kehebatan Tony Fernandez mengcengkam industri penerbangan negara. Khazanah membelanjakan wang rakyat bagi membeli kepakaran CEO Air Asia itu dengan harga yang mahal dan rakyat belum tentu mendapat faedah daripada aktiviti tersebut manakala Tony Fernandez sudah pasti beruntung.

  4. Bulan ini juga berlaku sekali lagi kecelaruan ekonomi dunia dengan saham dunia merudum teruk yang kesannya membawa suasana ketidak pastian terhadap ekonomi Amerika yang mana ia mungkin lebih teruk daripada krisis kewangannya sebelum ini. Ia melibatkan trillion dollar melebur dan bakal mengganggu ekonomi dunia sekali lagi. Ini membuatkan ramai yang buka mata bahawa pelaburan dalam emas adalah alternatif yang paling selamat.

  5. Isu BERSIH juga nampaknya masih hangat dengan desakan dari PR agar PM mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan penyelewengan pendaftaran undi negara. Ramai yang khuatir keputusan bagi menentukan kepimpinan yang bakal menerajui negara akan berada di tangan orang asing. Ini juga isu yang amat genting.

5 isu di atas sudah cukup untuk menjadikan bulan puasa tahun ini cukup panas dan kita mengharapkan syawal tahun ini menjadi sambutan hari raya aidilfitri yang gilang gemilang sebagaimana para tentera Islam menyambut kemenangan pertama mereka menentang tentera musyrikin Mekah sebagaimana pada tahun 2 hijrah dulu. Wallahu'alam
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License