Satu Nama 2 Tempat Undi - SPR & JPN Cuai atau Sengaja ?

Wednesday, 10 August 2011

Isu satu orang pengundi yang boleh memangkah di 2 atau lebih pusat undian dah lama di bangkitkan dan setiap kali ia disuarakan pada SPR, mereka dengan yakin akan berkata dalam nada mencabar, 'sila bawa bukti jika benar hal tersebut memang benar-benar wujud!".

Dalam teori matematik ada satu theorem yang sering kita gunakan bagi membuktikan sesuatu. Kita namakan ia 'prove by absurdity'. Jika SPR dakwa senarai pengundi dia berkredibiliti, maka cukup dengan membawa hanya satu contoh bahawa ia sebenarnya tidak boleh dipercayai bagi membuktikan keseluruhannya perlu di semak semula. Pembuktian ini diterima pakai seluruh dunia bagi membuktikan sesuatu andaian itu salah.

Satu lagi bukti wujudnya ramai individu yang berdaftar di dua pusat undian berbeza di temui di sini. Individu tersebut punyai satu kad pengenalan lama tetapi mempunyai 2 kad pengenalan baru yang nombornya berbeza. Takkan sistem pendaftaran kita di JPN begitu bebal sehingga tak mampu mengesan kesilapan sebegitu. Katanya antara sistem paling hebat di dunia...?


Dalam kes satu orang individu yang boleh mengundi di 2 pusat undi berbeza ini, sistem biometrik yang dikatakan hebat itu tidak akan mampu menyatakan bahawa si mamat itu sudah memangkah di kawasan bla-bla, sistem biometrik tetap akan mengesahkan dia untuk terus masuk mengundi.

Melainkan kita pakai sistem celup jari pada dakwat maka sekali dia masuk pusat undi, dia tidak akan dapat masuk ke pusat undi yang berikutnya lagi melainkan dia mempunyai peluntur ajaib yang disediakan oleh pakar pembohong bagi membolehkannya terus mengundi sekali lagi.

Kalau kerajaan pulun buat ramai orang yang boleh undi di dua tempat atau lebih dan dalam masa yang sama memberikan kerakyatan kepada ramai pendatang asing untuk diiktiraf sebagai pengundi maka tidak hairanlah mereka sentiasa akan mendapat darah tambahan setiap kali bekalan darah tak cukup untuk meneruskan hidup mereka.

Kalau begitu, menang atau kalah sesebuah parti di negara kita sebenarnya akan ditentukan oleh sebilangan kecil pendatang asing yang perlu ditambah dari tahun ke tahun sehinggalah ke satu masa di mana bahasa pertuturan masyarakat kita sendiri akan berubah menjadi berbeza seperti mana yang ada sekarang ini.

Baca maklumat asal di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License