Undang-Undang Baru Suhu Pejabat Kerajaan - Tidak Kurang Dari 24 Celcius

Friday, 12 August 2011

Macam-macam usaha kerajaan nak tunjuk mereka prihatin dan cuba sebaik mungkin meyakinkan rakyat nahawa mereka bukan pelahap mahu menghabiskan duit rakyat. hari ini kerajaan umumkan peraturan semua pejabat kerajaan perlu bersuhu lebih dari 24 darjah celcius sahaja bagi menjimatkan tenaga penggunaan aircond.

Sepatutnya perkara ini dan 10 tahu dilaksanakan bukannya bila tempayan duit dah nak kering. Semua orang boleh rasa bagimana kalau berada di pejabat-pejabat kerajaan seperti di putrajaya contohnya. Semua kerani akan spare baju sejuk macam kat scotland sebab tak tahan sejuk.


Satu lagi yang kerajaan perlu buat adalah menukar protokol pakaian formal pegawai dengan hanya berkemeja nipis atau batik tanpa bertali leher. Kot juga tak perlu kerana bukannya sesuaipun untuk negara kita yang bercuaca panas, kenapa nak ikut pakaian penjajah kita tu, lainlah kalau pergi ke sana, pakailah kot dan jerutlah tali leher.

Jika ini dapat dilaksanakan para bos-bos tak akan arahkan orang sejukkan aircond sebab dia sendiri menggeletar.

Kasut pula elok jadikan kasut capal sebagai kasut rasmi pegawai-pegawai kerajaan. Dengar macam lawak tapi itupun kita tak mampu ketengahkan, kononnya nak membina identiti kita sendiri.

Kerajaan umumkan telah berjaya kurangkan RM700,000 setahun dari usaha berjimat cermat. Tapi tak ada orang tengokkah perbelanjaan elektrik dan air PM dan TPM mencecah lebih RM800,000 seorang sebulan...apa halnya tu?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License