Cubaan Najib/Taib Sogok Media Barat Kantoi - CNBC Batal Semua Siaran Laporan Yang Tak 'Asli' !

Friday 12 August 2011




Tak mampu berhadapan dengan
soalan-soalan cepu emas, mereka
 bayar FBC Media untuk buat
 temuramah tak asli!
CNBC, rangkaian siaran TV Amerika membatalkan semua penyairan rancangan World Business pada 4 ogos lalu. Rancangan tersebut menyiarkan laporan mengenai Eropah dan Asia. Pembatalan adalah disebabkan mereka mendapat tahu FBC Media mempunyai kontrak dengan Taib Mahmud untuk memulihkan namanya juga bagi melobi bagi pihak kerajaan malaysia terhadap kerajaan Amerika.

Untuk kerja-kerja lobi tersebut FBC Media telah membayar USD70,000 kepada APCO Worldwide bagi menjalankannya usaha melobi bagi pihak kerajaan Malaysia.


CNBC telah memberikan kontrak kerja menemuramah Najib kepada FBC Media dan sebanyak 10 temuramah telah dijalankan sepanjang 2 tahun ini.

Memandangkan mereka telah dibayar oleh kerajaan Malaysia, maka sudah tentu segala soalan yang diajukan akan 'bias' dan condong memihak kepada kehebatan Najib Razak dan tiada soalan cepu emas akan diusulkan pada Najib.

Kesimpulannya semua temuramah dengan Najib yang disiarkan oleh media antarabangsa selama ini lansung tidak menggambarkan keadaan sebenar ketrampilan Najib. Ia sebenarnya hanyalah lakonan macam cerita wrestling yang kat TV.

Cubaan mereka untuk membeli media barat nampaknya kantoi. Kalau setakat Media Prima tu bolehlah beli! 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License