Ikuti cerita uncle Aw Yong Tian Teck, seoran pesara tentera yang turut sama menyertai perhimpunan Bersih bersama-sama majoriti orang Melayu di bawah.
Bagi Uncle Yong ia merupakan satu pengalaman hebat yang membuatkan dia tersenyum bangga dan puas. itulah kali pertama ia merasakan dia amat berbangga dengan negaranya dan sanggup membuat apa saja demi membaiki negara tercinta ke arah yang lebih baik.
Menarik juga komennya terhadap akhlak umat Melayu/Islam yang tidak memandang kulit dalam menghulurkan pertolongan kepada semua rakan seperjuangan.
Saya tertarik membaca pujiannya kepada keazaman dan ketabahan para pendemo yang walaupun dalam cabaran getir dituduh jahat, masih mengekalkan sifat berhemah, lemah lembut dan prihatin dan saling membantu dalam senyuman.
Bagaimana pihak tertentu boleh menuduh mereka yang seperti itu sebagai penjahat yang hanya mahu merosakkan harta benda awam, apalah lagi merosakkan keamanan negara.
Ternyata kita mampu bersama walaupun berbeza bangsa dan agama. Uncle sendiri mengaku pendemo dipenuhi oleh orangMelayu dan yang paling penting sekali mereka adalah Melayu yang yakin dengan tuntutan mereka kepada negara yang lebih baik dan mereka tetap berhemah dan lemah lembut dalam tekanan.
Harap dengan cerita Uncle Yong ini akan lebih ramai lagi orang Cina yang akan turut sama memberikan komitmen tinggi untuk sama-sama sertai perhimpunan aman menyatakan pandangan mereka.
No comments:
Post a Comment