Kenapa Cina & India Tak Turun Perhimpunan Bersih !

Monday, 11 July 2011

Bukan tak ada orang Cina, tapi terlalu sedikit berbanding
Melayu. Mana pergi semua cina DAP? adakah takut atau
tak mahu kotorkan baju?
Mungkin soalan di atas berlegar di dalam kepala mereka yang turut turun sama pada hari sabtu lepas samada menyertai ataupun memerhati perhimpunan Bersih 2.0. Terutamanya mereka yang berbangsa Melayu seperti saya sudah tentu soalan tersebut masih lagi terbuku dalam benak fikiran.

Mungkin kerana ia satu persolan yang sensitif maka tak ada yang menyuarakannya takut-takut kalau rakan pembangkang daripada bangsa selain Melayu akan terasa hati.

Sepanjang kejadian lari sana-dan lari sini, berarak sana dan berarak sini, saya sentiasa memerhatikan pola taburan bangsa antara Melayu, Cina dan juga India dan ternyata di mana-mana sahaja saya boleh congak kaum Melayu memenuhi 80% daripada jumlah keseluruhan peserta.


Tadi semasa ditemu bual oleh TV3, Zahrain ada menyebut isu kaum Cina yang tak turun semasa demo tempoh hari, Katanya kaum Cina adalah kaum berniaga dan mereka tak suka kerja-kerja yang boleh mengganggu perniagaan mereka. Dalam semua ulasan Zahrain tadi hanya fakta bahawa melayu paling ramai turun demo saya setuju, ulasan lain hanya sesuai di bakul sampahkan.

Memang saya tertanya-tanya kenapa begitu jauh jumlah orang cina atau india yang turun berbanding orang melayu. Adakah ini sesuatu yang negatif atau sesuatu yang positif.

Kalau dilihat daripada komen-komen Malaysiakini, dan lain-lain berita dalam bahasa inggeris, kita boleh rasakan kaum cina memang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Mereka amat kuat menyokong perubahan dan usaha mendesak kerajaan agar lebih telus dan adil.

Yang paling ketara sekali kita lihat adalah kesanggupan orang cina terutamanya memberikan undi mereka pada pembangkang. Dari segi ini ternyata kaum cina lebih ramai yang menyokong PR daripada kaum melayu.

Saya mengjangkakan sudah tentu kaum Cina dan India sekurang-kurangnya sama banyak atau lebih ramai dari keum melayu tetapi ternyata meleset. Dan sebenarnya saya memang tak puas hati dengan DAP dalam hal ini. Mereka cakap memang pandai tapi bila dalam hal-hal demo merekalah yang kecut dulu ghaib tak nampak bayang.

Adakah orang Melayu sahaja yang perlu memberikan komitmen tinggi dalam aktiviti-aktiviti seperti itu dan orang lain hanya selesa melihat dari jauh menjadi juru ulas selepas selesai semua kejadian?

Apa agaknya persepsi bangsa lain terhadap kita yang tidak pernah serik turun ke jalan dan sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menyokong aktiviti seperti itu. 
Share on :

6 comments:

  1. kalau tgk kat luar negara yang berhimpun semua cina...kat mesir je melayu

    ReplyDelete
  2. sbb org melayu bodoh. sanggup jd keldai. DAP berjaya memecahbelahkan org melayu. tp org melayu tak sedar diri. entah2 di belakang depa tepuk tangan tengok org melayu dah berjaya dikeldaikan. yg berdemo tu kenapa tak buat kat petaling street tempat cina tu atau kat little india ke? kenapa buat kat kaw peniaga melayu, kat masjid?

    ReplyDelete
  3. kan lebih baik kalau sebelum tu PDRM pakat dgn indah water pakai lori tangki depa sedut kat belakang rumah pendemo tu lepas tu pi sembur ganti air yg pedih tuuuu

    ReplyDelete
  4. di petaling street kulihat ramai kaum tionghua berdemo, jangan cetus sentimen bro

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa bahawa bangsa Cina membentuk dalam 25%, dan India dalam 8% sahaja populasi Malaysia ini. Melayu/Bumiputera, dalam 65%.

    Maka secara logiknya, kalau nak tengok Bersih ni dihadiri oleh 33% Melayu, 33% Cina, dan 33% India, memang tak munasabah sangat.

    ReplyDelete
  6. mungkin cina dan india bimbang peristiwa 13 mei berulang...apatah lagi ada kabar-kabar angin berkenaan amaran itu...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License