Kenapa Bersih mendesak penggunaan dakwat kekal dalam Pilihanraya adalah kerana untuk memastikan bahawa tidak ada undi 2 kali berlaku bagi setiap individu yang layak mengundi. Jelas dan nyata tujuan tersebut dan amat mudah untuk difahami.
SPRM menjawab tak boleh kerana tidak ada dalam perlembagaan yang membolehkan kita menghalang seseorang individu yang ada dakwat pada jarinya dari menjalankan tanggung jawabnya mengundi.
Contohnya jika seseorang termandi dakwat dan datang mengundi sedangkan dia belum lagi mengundi macam mana kita nak buat?
Jika ada seseorang yang dengan tidak sengaja tercelup jarinya dalam dakwat datang untuk mengundi, macam mana nak buat?
Tidak ada dakwat kekal dalam dunia ini, setiap dakwat sudah pasti ada bahan yang mampu melenturkannya, jadi pi mai pi mai sama jugak, orang masih boleh datang mengundi 2 kali.
Jika memang ada wujud seorang sahaja yang boleh datang tampil ke depan dan membuktikan bahawa dia mengundi 2 kali, barulah SPRM akan mengaku memang kes undi lebih dari sekali memang wujud.
Berdasarkan semua itu, desakan penggunaan dakwat untuk pilihan raya tidak masuk akal dan tidak dapat dijalankan di negara kita.
Perlu ada satu cara lain yang lebih canggih yang sempurna mutlak, tidak ada cacat celanya, sahih dan yang termoden di atas muka bumi ini, di reka khas bagi mengatasi masalah tersebut...dan ia adalah penggunaan biometrik.
SPRM sedang berusaha mengaplikasikan penggunaannya dan ia mungkin memakan masa sedikit, sabarlah kedatangannya dalam tempoh lebih kurang 240 tahun lagi akan siaplah sistem tersebut, itupun kalau tak ada apa-apa halangan.
Sebenarnya alasannya mudah saja, "tak mau"...maka bermula dengan tak mau, carilah 1.1 juta alasan bagi mengukuhkan alasan 'tak mau' tersebut.
Tetapi kalau kata 'mau', maka bermulalah usaha bagi mencari jawapan macam mana nak jayakannya.
alasan yang sangat bodoh dan x masuk akal langsung...tp sy rasa sistem dakwat kekal ni pun agak lapuk dan ketinggalan zaman..
ReplyDeleteapa pandangan saudara? ada x lagi sistem yg lebih canggih dan sesuai untuk digunapakai oleh spr ini
eddie,
ReplyDeletetak ada rotan, akar pun berguna juga.
Indian Ink tak boleh luntur dengan mudah. Kalau tidak takkan ia digunakan dengan meluas di dalam piliharaya beberapa buah negara. Malah dakwat ini digunakan sebagai penanda sampel di dalam penyelidikan terhadap haiwan.
ReplyDeleteJawapannya mudah sahaja kenapa SPR tak mahu guna... sebab mereka sedang melakukan kerja kotor untuk UMNO... dakwat itu ibarat klorox kepada kekotoran itu. Mana mungkin sebuah organisasi tidak mahu meningkatkan 'kualiti' organisasinya agar mendapat pengikhtirafan pelanggan... melainkan pada mereka hanya UMNO adalah pelanggan mereka.
Jawapannya mudah sahaja INDIA berjuta-juta pendudukpun menggunakan dakwat kekal. Mesti ada sebabnya.
ReplyDeleteApe yg bebal sgt org tua nie cakap merapu. boleh ke dakwat yg ditempah khas itu didapati kat pasar malam/?? kalu dah terkena dakwatpun nak buat cam mane tak de rezeki nak mengundilah. saya yakin setiap yg ingin mengundi akan memastikan dia dpt membuang undi.
Orang tua nie suka ramai menipu dari sorang yg terkena dakwat tak boleh mengundi. mentaliti UMNO.
adakah dipastikan, semasa pilihanraya akan diadakan central database atau setiap pusat mengundi sebenarnya mempunyai database yang berbeza. Jika database tidak dipusatkan, penggunaan biometrik tidak dapat mengelak mengundi 2 kali atau lebih...ini yang perlu dipastikan sekiranya penggunaan biometrik dilaksanakan/
ReplyDelete