No 2 dari kiri itu bukan Baharuddin. |
Dalam kes kematian yang berlaku pada trajedi Bersih 2.0, kebenaran yang tidak boleh dinafikan adalah saudara Baharuddin Ahmad, 56 tahun telah benar-benar meninggal dunia ketika terjatuh melarikan diri daripada kekejaman pihak polis.
Semasa kejadian, orang ramai yang meminta pertolongan dari pihak polis agar segera menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan tidak mendapat layanan segera. Orang ramai cuba menyedarkannya terpaksa menunggu selama satu setengah jam sebelum van tiba bagi membawanya ke hospital.
Namun cerita di sebalik kejadian telah bercampur aduk dan pengedaran gambar dan rakaman video orang lain yang dikatakan sebagai Baharuddin berlegar didunia maya. Gambar seorang lelaki yang diceritakan sebagai Baharuddin dikatakan adalah orang lain yang sebenarnya bernama Suhardi, seorang bekas pengikut Al-Arqam. Memang ada blog yang telah menyiarkan ralat kesilapan tersebut dan telah memohon maaf kepada keluarga si mati.
Namun gambar serta rakaman Suhardi yang dikatakan sebagai Baharuddin tetap berlegar-legar dan masih digunakan sebagai jalan cerita bagaimana kematian Baharuddin. Termasuklah saya sendiri yang menyiarkan rakaman video di sini yang baru saya sedari sebagai salah orang. Saya mohon maaf pada semua.
Apa yang boleh kita rumuskan dalam kes ini adalah jangan mudah percaya pada semua berita di dalam dunia cyber. Berbagai kepalsuan dan kebenaran telah bercampur aduk. Ini berikutan ramai penulis bebas telah bertukar menjadi pemberita tidak bertauliah melalui penulisan blog yang tumbuh macam cendawan selepas hujan.
Berita-berita sensasi kebanyakannya didapati dari dunia maya juga di mana penulisan dari blog disambut menyambut oleh blog lain tanpa terlebih dahulu menyiasat kebenarannya. Asalkan blog yang diambil beritanya itu adalah dari kem yang sama maka ia akan terus dijadikan berita sensasi.
Kebenaran yang bercampur aduk dengan kepalsuan akhirnya digunakan pula oleh pihak lain yang memang terkenal dengan serong dan jahat bagi menjadikan sesuatu berita yang pada asalnya benar menajadi palsu.
Amaran kepada rakyat Malaysia,,,,jangan terus percaya dengan segala penulisan blog terutamanya penulisan yang menyentuh kejadian semasa. KIV dahulu sebelum mengambilnya sebagai benar...siasatlah sehingga anda puas hati. Dalam dunia sekarang orang yang anda perlu percaya adalah diri anda sendiri.
Walau bagaimanapun cerita orang dapat RM200 untuk sertai Bersih 2.0 itu memang cerita bohong yang tak masuk akal. Bayangkan jika seribu orang diberikan RM200, dah jadi RM200,000 woi banyak tu. Bersih tak ada duit banyak tu, Umno saja yang ada duit malah lebih banyak dari itu.
No comments:
Post a Comment