Kami Mempertahankan Istana Negara Dan Stadium merdeka Dari Dicemari - Abdul Azeez

Sunday, 10 July 2011

sumber gambar sini
Patriot akan tetap mempertahankan kedaulatan negara daripada pengkhianat. Itu kata Abdul Azeez salah seorang pemimpin kanan kumpulan haram Patriot.

Abdul Azeez juga menegaskan mereka bersedia mempertahankan Istana Negara dan Stadium Merdeka daripada disentuh oleh mereka yang kotor (TPM labelkan Bersih sebagai Kotor). Itulah sebabnya mereka mengumpulkan terlalu ramai pemuda (jumlah tak dapat dikira semalam kerana terlalu ramai) bagi mempertahankan Yang di-Pertuan Agong daripada diserang oleh puak pengganas.

Jika ada mana-mana pihak yang berani dan kurang ajar yang mahu mencabar kedaulatan negara, awas ! kami tidak akan segan-segan untuk mengumpulkan lagi ratusan ribu para pemuda yang akan menjadi perisai mempertahan negara.

Abdul Azeez dikhabarkan menggeletar marah dan terpaksa dipegang oleh lebih sepuluh tukang kipasnya ketika memberi amaran terhadap mereka yang cuba mencabar negara. Kesemua yang memegangnya terpaksa menyabarkan Azeez dan menyuruhnya beristigfar dan bawa bersabar.

Tadi di berita utama TV3 Abdul Azeez menceritakan betapa kecewanya dia apabila kesemua yang hadir dalam perhimpunan bersih semalam sebenarnya telah diupah oleh pihak pembangkang sebanyak RM200 seorang. Dia punya bukti dengan kenyataannya itu.

Abdul Azeez nampaknya sedang berusaha keras menonjolkan dirinya kepada PM. Dia benar-benar berusaha mempertahankan BN (Bukan negara) dan kedaulatan Umno (Bukannya Raja).

Walaupun ternyata mereka hanya berjaya mengumpulkan tak lebih 500 orang semalam mereka masih lagi berlagak ugut nak kumpul ratusan ribu pemuda, memang dasar tebal muka sungguh dia ni.

Sebenarnya yang paling dikesalkan sekali ialah apabila dia percaya dengan pembohongan kononnya semua yang datang dibayar RM200, kalau dia tahu tentu dia akan tawar lebih sikit, begitulah agaknya sangkaannya.

Share on :

10 comments:

  1. Inilah barisan kartun,
    Rempuh perisai polis,
    Kena tembak gas...lari keliling kampung.

    Pernah nampak biawak bercempera lari...sebijik macam puak biawak merah nilah.

    ReplyDelete
  2. hahaha...aku setuju dan aku nampak sendiri. mulanya aku ingat kimma yg buat protes tapi selepas di beritahu bahawa itu umno, aku terus gelak guling2. woiiiiiii melayu umno, dahtakde ke melayu tulen dlm umno sampai mamak dan bangla korang pilih jadi pemimpin. pirahhhh sembang pasal melayu tapi yg pimpin kamu semua geng nasi kandar..atau melayu umno ni bodoh2 sbb tu takde yg layak jadi ketua?

    ReplyDelete
  3. Fikirkan pakai baju warna merah berani...

    action saja lebih.. kenak jerit sikit dah kecut lari...

    apa punya patriot.. memang tak ada jiwa kental.. nak tunjuk muka saja lebih tapi abok pun tak dak..

    ReplyDelete
  4. aku tengok dalam video bila Polis serang habis bercepara tingal jalor gemilang atas jalan dan pijak pijak. Macamana den itu panji panji Malaysia la. Patriot kut mana.

    ReplyDelete
  5. pokku(putrajaya)11 July 2011 at 11:08

    Patriot kepala lutut...bukan patriot tapi penakut...ptuiiii.

    ReplyDelete
  6. wah...rm 200 sorng darab dengan 50ribu manusia yang berarak, gila bnyk tol duit ambiga...pak samad pun kene bayar jugak ea?? kenyataan bangang sungguh....kalo 300 org PETriot yang dtg tu dibayar rm500, sngt la logik, psl sikit jer, UMNO pakai duit rakyat yg berjuta2 dlm perbendaharaan, apa org pelik...kalo ambiga pakai duit sape? duit gereja ek? perghh, diorng ni masih x bley terima hakikat rakyat berjalan untuk negara bukannya untuk duit...UMNO aje yg kene upah bangla n indon untuk berjalan bersama PETriot

    ReplyDelete
  7. eh, silap, bukan berjalan bersama PETriot....bertempiaran lari mcm anak ayam bersama PETriot...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. HANG PA SEMUA JANGAN KUTUK SANGAT...DEPA TU KAN AHLI JIHAD UMNO..KAH KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  9. mak oi...geron sunggoh aku dengaq warning mangkok tengkat ni...abeh menggeletaq satu badan ni...tapi apasai bila fru ligan mangkok bangang bertengkat-tengkat ni larik dulu...? (kata sorang bangla yg diupah pakai baju patRIOT)...ceh!!!!

    ReplyDelete
  10. kalau ikut kata Polis, peserta bersih hanya 6000 orang saja. Azeez kata peserta bersih diupah rm200 seorang. jadi 200x6000...banyaknye duit Bersih? itu kalau ikut anggaran polis...kalau 50ribu orang yang sertai? memang belit la si Azeez ni..

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License